fbpx

62GB data hanya RM38 di Yoodo sempena bulan kemerdekaan ke-62

Sempena bulan kemerdekaan ke-62 tahun ini, Yoodo mengumumkan promosi Data Booster sebanyak 62GB pada harga hanya RM38. Kempen ini akan berjalan dari 1 Ogos sehingga 30 September 2019 dan menggantikan Data Booster 3x yang dibuat sejak Januari dan berakhir pada 31 Julai 2019.

Untuk membeli data promosi ini sangat mudah. Bagi pengguna baru, pesan SIM Yoodo dan aktifkan SIM anda. Kemudian, tekan Tambah Kuota > pilih 62GB Data Booster.

Untuk pengguna sedia ada pula, buka aplikasi Yoodo anda, tekan Tambah Kuota > pilih 62GB Data Booster.

Lebih baik lagi, pengguna yang melanggan data booster 62GB RM38 ini berpeluang untuk memenangi salah satu dari 60 hadiah yang disediakan setiap minggu. Untuk minggu pertama ini dari 1 hingga 7 Ogos 2019, hadiah yang disediakan berupa 10 unit telefon pintar Vivo V15 dan 50x kredit wallet RM30.

Selain promosi baru ini, Yoodo masih menawarkan 20GB data percuma khusus untuk game PUBG Mobile. Ia boleh diperolehi jika pengguna melanggan data utama terlebih dahulu dan menambah add-on bersama. Yoodo juga menawarkan add-on 20GB pada harga RM10/bulan untuk YouTube dan Netflix, serta RM5/bulan untuk Facebook, Instagram, WhatsApp dan Twitter.

Kad sim Yoodo boleh diterima secara percuma dan ia datang bersama kredit RM20 juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi merdeka ini, layari laman I Love Freedom Yoodo.

BACA  Banyak berjalan, lebih sihat dan tinggi peluang memenangi Huawei P30 Pro dan banyak hadiah lain