• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Edisi Mclaren OnePlus 7T Pro mengancam di luar menarik di dalam

  • OLEH Najib
  • 3:08 pm
  • 11/10/2019
  • Komen
Edisi Mclaren OnePlus 7T Pro mengancam di luar menarik di dalam
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, OnePlus mengumumkan kerjasama dengan penghasil kereta super, McLaren dan mengeluarkan OnePlus 6T McLaren Edition. Bersama ketibaan OnePlus 7T Pro, sekali lagi mereka menghasilkan edisi khas McLaren untuk model terbaru ini.

Perbezaan paling ketara dapat dilihat dari rupa luarannya. Edisi McLaren diselaputi badan berwarna hitam, bersama corak unik serta garisan warna oren betik yang menjadi warna tema McLaren.



Kebanyakan perkara dalam edisi McLaren adalah sama dengan OnePlus 7T Pro biasa. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 855+, tetapi ia dipasang RAM lebih besar 12GB dan storan UFS3.0 seluas 256GB.

Selain rupa, edisi McLaren juga memiliki perbezaan dalam perisian. Ia dipasang tema antaramuka berwarna hitam dan oren betik, juga di ikon dan paparan kunci skrin. Paparan semasa menghidupkan telefon juga dihiasi dengan pelbagai warna-warni McLaren.



Selain dari telefon eksklusif, OnePlus 7T Pro McLaren Edition didatangkan di dalam kotak premium yang unik, dengan kemasan fiber karbon. Di dalamnya, terdapat casing buatan Itali dari materi Alcantara dengan rupa seperti fiber karbon. Menurut OnePlus, ia adalah materi yang sama digunakan dalam kemasan dalaman kereta McLaren.

Bateri di dalamnya sebesar 4,085mAh yang menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30T. Ia turut disertakan dengan kabel bersalut dengan warna tema McLaren.

Di United Kingdom, edisi McLaren ini dijual pada harga GBP799 (~RM4,159), hanya GBP100 lebih mahal dari model standard dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Tiada khabar ia akan dijual Malaysia lagi tetapi pasti ada penjual yang akan membawa set import dari luar tidak lama lagi.

Tags: McLarenOnePlusOnePlus 7T ProOnePlus 7T Pro McLaren Edition
Najib

Najib

POPULAR

Edisi Mclaren OnePlus 7T Pro mengancam di luar menarik di dalam

Edisi Mclaren OnePlus 7T Pro mengancam di luar menarik di dalam

11 October 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN