• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi AddEasy Himpunkan Semua Langganan Anda Bawah Satu Platform

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:16 pm
  • 15/10/2019
  • Komen
Digi AddEasy Himpunkan Semua Langganan Anda Bawah Satu Platform
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan lambakan penawaran servis digital yang ditawarkan zaman sekarang, tentu sukar untuk menjejak sekali satu langganan anda. Hari ini, Digi jadikan kawal selia langganan anda jauh lebih mudah dengan MyDigi Subscription by EasyAdd.

Secara ringkasnya ia adalah penghimpun servis bawah satu bumbung yang meliputi multimedia, produktiviti, hinggalah pembelajaran. Menggunakan EasyAdd, segala maklumat langganan dikumpulkan dalam satu halaman yamg mudah dirujuk.



Hasilnya, anda takkan terlupa untuk memperbaharui langganan ataupun jika ingin menghentikan, ia boleh dilakukan melalui halaman yang sama.

Yang menariknya adalah, saya perasan yang servis macam iflix menyediakan pass harian yang sangat berguna untuk kegunaan jangka masa pendek.



iFlix di EasyAdd ditawarkan pada harga serendah RM1/hari

Sekiranya anda salah seorang pengguna Digi, anda boleh manfaatkan pas harian Cili Padi pada harga RM1 untuk kuota tanpa had untuk strim video daripada platform terpilih.

Itu untuk berhibur, dalam kateogri produktiviti anda ada Office365 manakala keselamatan, anda boleh melanggan Kaspersky pada harga serendah RM3/bulan.

Pelanggan sedia ada Digi boleh menyekalikan langganan dalam bil bukanan mereka ataupun ditolak terus daripada kredit untuk pengguna prabayar. Jika anda bukan ahli Digi, pembayaran menggunakan kad Debit/Kredit juga diterima untuk kemudahan.

Pada awal pengenalan servis ini, EasyAdd ada tawarkan beberapa servis percuma dan anda tentunya tak mahu ketinggalan untuk mencubanya.

Sekiranya anda seorang penyedia perkhidmatan yang ingin menempatkan servis ada dalam ekosistem EasyAdd, mereka turut menyediakan API mesra pengguna untuk digunakan. Jadi anda boleh memanfaatkan 11 juta pengguna Digi yang berpotensi menjadi pelanggan anda.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: digieasyaddmydigi subscriptiontelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Digi AddEasy Himpunkan Semua Langganan Anda Bawah Satu Platform

Digi AddEasy Himpunkan Semua Langganan Anda Bawah Satu Platform

15 October 2019

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER