Ketibaan siri iPhone 11 disertakan dengan berita pemberhentian jualan iPhone XS dan XS Max. Walaupun begitu, stok yang masih ada tidak menjadikan harganya lebih tinggi, tetapi menurun untuk memberi laluan kepada siri iPhone 11.
Salah satu pengedar sah Apple di Malaysia, Machines telah menyenaraikan harga baru untuk beberapa model iPhone yang tidak lagi dijual oleh Apple. Model tersebut ialah iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 dan iPhone 7s Plus. Mereka juga dilihat masih menjual iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.
Berikut ialah harga jualan iPhone di Machines:
iPhone XS 64GB – RM4,099
iPhone XS 256GB – RM4,799
iPhone XS 512GB – RM5,699
iPhone XS Max 64GB – RM4,599
iPhone XS Max 256GB – RM5,299
iPhone XS Max 512GB – RM5,999
iPhone 8 64GB – RM2,199
iPhone 8 128GB – RM2,399
iPhone 8 256GB – RM2,899
iPhone XR 64GB – RM2,899
iPhone XR 128GB – RM3,099
iPhone XR 256GB – RM3,599
iPhone 8 Plus 64GB – RM2,699
iPhone 8 Plus 128GB – RM2,899
iPhone 7 128GB – RM1,849
iPhone 7 Plus 128GB – RM2,299
iPhone 6s 32GB – RM1,249
iPhone 6s Plus 32GB – RM1,499
Untuk membelinya, boleh lawati cawangan Machines berhampiran atau layari laman web Machines.
Sumber: Machines