Internet dah jadi satu keperluan penting, sama seperti air dan elektrik. Telefon pintar pula menjadi penghubung antara manusia dan internet. Dengan telefon pintar terdapat di tangan hampir semua orang, pasti ramai yang tercari-cari cara menjana wang yang boleh dilakukan di mana sahaja, menggunakan telefon pintar dan internet.
Salah satu cabang yang ada ialah aplikasi perdagangan Forex yang sangat popular dan sedia dimuat turun.
Trend terkini menjana wang yang popular adalah seperti menghasilkan video viral atau menonjolkan diri sebagai selebriti media sosial di instagram. Tetapi bagaimana jika mencipta video bukan kepakaran anda, manakala rupa paras anda pula jauh dari mereka yang layak menjadi pelakon tambahan di drama tv?
Sesiapa sahaja boleh menjana wang dengan berdagang di Forex, bermodalkan telefon pintar dan sambungan internet. Hasil keringat dari broker dalam talian yang inovatif, maka lahirlah aplikasi perdagangan Forex seperti Olymp Trade.
Jana Wang di Telefon Pintar Tanpa Mengumpul Peminat
Olymp Trade adalah broker dalam talian yang telah wujud sejak 5 tahun lepas dan berkembang ke seluruh dunia. Mereka memiliki lebih daripada 25,000 pedagang setiap hari serta lebih 250,000 pedagang setiap bulan.
Apa yang membezakan Olymp Trade dengan platform Forex lain ialah tiada modal besar diperlukan untuk membuka akaun dengannya. Tiada bayaran pendaftaran, malah semua alat dan sumber profesional untuk berdagang di hujung jari diberikan secara percuma. Lebih baik lagi, mereka akan mengajar anda cara menjadi pedagang yang lebih baik dan menjana wang.
Baik saya bersedia, apa caranya?
Langkah pertama, muat turun aplikasi Olymp Trade. Ia boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore dan Apple Appstore. Pendaftaran sangat mudah, tidak perlu pengesahan kad kredit ataupun perbankan. Untuk memulakan perdagangan, ia boleh dibuat dari serendah USD10 (~RM40).
Tiada yuran untuk mendeposit atau mengeluarkan dana daripada akaun dagangan dalam talian anda melainkan bank atau e-dompet anda mengenakan bayaran kepada anda. Anda boleh menggunakan kad bank, perbankan online, Fasapay, Skrill atau kaedah lain untuk memindahkan dana. Olymp Trade tidak mengenakan sebarang bayaran.
Latihan perdagangan di mana jua
Kini dengan telefon pintar dan aplikasi Olymp Trade di dalamnya, anda boleh meluangkan masa mempelajari cara berdagang Forex daripada pedagang profesional dan penganalisis kewangan pada webinar percuma Olymp Trade.
Selain itu, anda juga boleh menonton video popular mereka tentang cara menggunakan alat perdagangan profesional Olymp Trade bagi membantu anda membuat keputusan perdagangan yang terbaik berasaskan aktiviti pasaran. Apabila anda mula mengetahui maksud grafik dan carta ekonomi yang rumit, bermakna anda bersedia untuk menjana wang sendiri.
Aplikasi terbaik di telefon pintar
Setelah mengetahui selok belok perdagangan dan cara pasaran berfungsi, maka anda sudah bersedia untuk memulakan trading Forex anda. Dengan menggunakan Akaun Demo percuma di dalam Olymp Trade, anda mendapat akses kepada USD$10,000 dalam wang maya untuk menjalankan perdagangan di platform Olymp Trade.
Dengan melakukan latihan ini, anda boleh mencabar diri sendiri ataupun mengajak rakan-rakan untuk bersaing perdagangan selama seminggu. Ia bukan sahaja menyeronokkan dan mengisi masa lapang, tetapi melatih anda untuk berhadapan cabaran perdagangan yang sebenar.
Dari sini, anda boleh mula membuat wang tambahan sementara orang di sebelah anda menonton video PewDiePie terbaru.
Latih diri menjadi pakar ekonomi
Kelebihan terbaik yang ada di Olymp Trade ialah pengganda inovatif mereka.
Broker lain menggunakan sistem yang dipanggil “leveraj”, iaitu broker meminjam wang kepada anda untuk melabur, supaya anda boleh berdagang dengan lebih banyak wang. Kelemahannya ialah jika anda membuat perdagangan yang buruk, anda berada dalam risiko untuk wang “leveraj” juga.
Olymp Trade mengambil pendekatan yang berbeza. Mereka akan melipat gandakan perdagangan anda sehingga 500 kali ganda, tetapi tanpa bahagian pinjaman perjanjian. Pada asasnya, perdagangan USD10 anda berubah menjadi perdagangan USD5,000, tetapi jika anda membuat keputusan yang buruk, anda hanya kehilangan USD10.
Sebaliknya, jika perdagangan anda membuat keuntungan 5%, anda menjana USD250 dan bukan 50sen. Olymp Trade hanya mengambil komisen mereka, dan anda tahu jumlahnya sebelum membuka dagangan. Olymp Trade tahu bahawa jika anda menjana wang, mereka menjana wang. Itulah sebabnya mereka memberi anda semua pendidikan percuma dan Akaun Demo.
Ini juga sebabnya ramai orang menggunakan Olymp Trade untuk menjana wang tambahan dan mengambil langkah ke arah kebebasan kewangan.
Jadi, anda boleh memilih sama ada mahu menonton drama Korea terkini, bermain PUBG Mobile, atau berlatih berdagang di Olymp Trade semasa di dalam LRT ke tempat kerja. Bentuk diri anda untuk menjadi pakar pelaburan dan perdagangan supaya satu hari nanti, Olymp Trade akan menjadi penaja anda dalam apa jua perkara yang akan dilakukan di masa akan datang. Seperti menjadi pemain e-sport profesional.