• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Note 10 telah ditemui dalam senarai SIRIM

  • OLEH Najib
  • 12:54 pm
  • 06/11/2019
  • Komen
Mi Note 10 telah ditemui dalam senarai SIRIM
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran telefon pintar Mi Note 10 akan berlangsung hari ini di Madrid, Sepanyol. Ia adalah versi antarabangsa yang sama dengan Xiaomi CC9 Pro yang baru dilancarkan di China semalam. Telefon pintar ini memiliki gandingan 5 kamera belakang yang hebat, dibariskan setaraf dengan Huawei Mate 30 Pro oleh DxOMark.

Jika anda berminat untuk memilikinya, ini adalah berita baik untuk anda. Sebuah peranti baru Xiaomi dengan nombor model M1910F4G terdapat di dalam pengkalan data SIRIM dan baru menerima pengesahan pada 5 November 2019. Model ini dipercayai merujuk kepada Mi Note 10.



Telefon pintar yang disenaraikan ini menyokong dwi-sim 4G LTE pelbagai bad, serta memiliki WiFI 802.11ac dan NFC. Model yang sama turut dikesan di laman pensijilan Singapura.

Masih belum ada sebarang berita mengenai Mi Note 10 di Malaysia. Tetapi dengan pengesahan dari SIRIM, ia pasti telah bersedia untuk digunakan di Malaysia dan mula dijual tidak lama lagi. Dijangka ia akan mula dijual sebelum hujung tahun ini, terutamanya musim Krismas nanti.



Jika semuanya sama seperti Xiaomi CC9 Pro, Mi Note 10 akan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 730G, bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya berukuran 6.47-inci dari jenis AMOLED, dengan lengkung di kedua belah sisi dan resolusi HD Penuh.

Tarikan utama telefon ini ialah lima kamera belakangnya. Ia dipasang dengan kamera utama 108MP, kamera telefoto 5MP dengan zum optikal 5x, kamera potret 12MP dengan keupayaan zum optikal 2x, kamera ultra lebar 20MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya pula 32MP dan terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.

Xiaomi memuatkan bateri yang sangat besar di dalamnya, berkapasiti 5,260mAh. Bukan itu sahaja, ia juga dibekalkan pengecas pantas 30W melalui USB-C PD, membolehkan pengecasan dari 0-100% dalam masa 65 minit sahaja. Bagaimanapun, tiada pengecasan wayarles padanya.

Untuk perbandingan harga, Xiaomi CC9 Pro dijual di China pada harga berikut:

  • Xiaomi CC9 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RMB2,799 (~RM1,653)
  • Xiaomi CC9 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RMB3,099 (~RM1,830)
  • Xiaomi CC9 Pro Premium (RAM 8GB + storan 256GB) – RMB3,499 (~RM2,066)

Jika ia dijual di Malaysia, ia pastinya sedikit lebih mahal dari China. Kami jangkakan harganya sekitar berikut:

  • Xiaomi CC9 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RM1,799
  • Xiaomi CC9 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM1,999

Adakah jangkaan kami ini tepat? Kita nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi Malaysia kelak.

Tags: SIRIMxiaomi mi note 10
Najib

Najib

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Mi Note 10 telah ditemui dalam senarai SIRIM

Mi Note 10 telah ditemui dalam senarai SIRIM

6 November 2019
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER