• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telenor melabur dan menggabungkan Carousell dan Mudah tetapi kekalkan operasi berbeza

  • OLEH Najib
  • 7:06 pm
  • 21/11/2019
  • Komen
Telenor melabur dan menggabungkan Carousell dan Mudah tetapi kekalkan operasi berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda suka menjual atau membeli barangan terpakai dalam talian, Carousell atau Mudah pastinya menjadi salah satu lokasinya. Hari ini, Carousell mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Kumpulan Telenor, yang membabitkan pertukaran tunai dan ekuiti. Telenor akan menjadi pemegang saham minoriti terbesar, sebanyak 32% dan Carousell dinilaikan pada harga USD850 juta.

Telenor turut memiliki 701search, yang mana 701search memiliki beberapa laman pasaran dalam talian seperti Mudah di Malaysia, Cho Tog di Vietnam dan OneKyat di Myanmar. Carousell akan bergabung dengan 701search dengan operasi di Singapura turut digabungkan, tetapi operasi Mudah, Cho Tot dan OneKyat akan bergerak secara berasingan seperti sedia ada. Kesemua gabungan ini akan melapor kepada Ketua Pegawai Operasi Carousell, Quek Siu Rui.



Rakesh Malani, Ketua Pegawai Kewangan, Carousell menjelaskan, “Ini merupakan tahun yang penting bagi Carousell, dengan syarikat ini mencapai hasil yang belum pernah dicapai sebelum ini dalam pengembangan pasaran dan pertumbuhan hasil. Kami kini dalam usaha memacu penyatuan pesat di rantau ini dengan penggabungan OLX Philippines awal tahun ini, serta 701Search pada hari ini. Urusniaga ini memperkukuhkan Carousell sebagai peneraju platform pasaran iklan kecil atas talian di Asia Tenggara. Dengan pendapatan tahunan melebihi USD40 juta, perniagaan lebih daripada 80 peratus margin kasar dan dua pasaran yang menguntungkan, kami kini berada di kedudukan yang baik bagi memajukan gabungan perniagaan kami ke peringkat yang seterusnya.”

Quek Siu Rui, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carousell pula berkata, “Misi kami tetap sama sejak dari hari pertama. Kami ingin menginspirasikan setiap orang di dunia ini untuk mula menjual dan membeli. Penggabungan bersama 701Search membolehkan kami untuk meneruskan misi ini ke skala yang lebih besar dan mengukuhkan kepimpinan kami di Asia Tenggara, di mana Mudah, Cho Tot dan OneKyat sudah pun memimpin dalam pasaran mereka. Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan rakan sepasukan kami yang baru ini bagi mempelajari tentang dinamik pasaran tempatan, mewujudkan peluang menang-menang yang saling menguntungkan bagi pengguna-pengguna di komuniti kami, dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mula menjual dan membeli.”



Johan Rostoft, Ketua Iklan Kecil Atas Talian di Telenor Group menyatakan, “Kami telah membina perniagaan pasaran dengan pertumbuhan tinggi yang menguntungkan dan melayani jutaan pengguna setiap hari. Urusniaga ini memberikan peluang yang menarik bagi kami untuk mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan pasaran kami, malah turut memperjelaskan portfolio Telenor. Kami percaya Carousell adalah rakan kongsi terbaik untuk perniagaan iklan kecil atas talian kami di Asia Tenggara.”

Bersama teknologi termaju Carousell, serta jangkauan meluas dan pengalaman dari syarikat Telenor Group, gandingan akan mendorong visi Classifieds 4.0 Carousell dalam mengimaginasi semula iklan kecil atas talian seterusnya menjadikan penjualan dan pembelian barangan terpakai sebagai pilihan utama.

Tags: CarousellMudah
Najib

Najib

POPULAR

Telenor melabur dan menggabungkan Carousell dan Mudah tetapi kekalkan operasi berbeza

Telenor melabur dan menggabungkan Carousell dan Mudah tetapi kekalkan operasi berbeza

21 November 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN