• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Iklan kereta elektrik Tesla Model 3 mula kelihatan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:42 pm
  • 28/11/2019
  • Komen
Iklan kereta elektrik Tesla Model 3 mula kelihatan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Memiliki kereta mewah memang menjadi impian ramai. Jenama seperti Mercedes, BMW, Audi memang agak mahal harganya, tetapi ia kelihatan memenuhi seluruh pelusuk jalan di Malaysia. Bagaimana pula jika anda memandu kereta elektrik sepenuhnya yang dihasilkan Tesla?

Dengan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya, Tesla Model 3 memiliki jarak perjalanan sehingga lebih 500km dengan satu cas penuh. Ia juga boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.2 saat sahaja. Di Amerika Syarikat, kereta ini dijual pada harga bermula dari USD35,000 atau sekitar RM146,000.



Tesla Model 3 telah kelihatan mula diiklankan di laman jualan kereta online di Malaysia. Dalam laman web Mudah.my serta Oto.my, ia ditemui dijual pada harga RM523,000. Kereta ini diimport dari United Kingdom dan ia bukanlah stok baru, sebaliknya sebuah kereta “recond”, iaitu kereta terpakai dari luar negara yang belum didaftarkan di Malaysia.

Dari senarai iklan ini, Tesla Model 3 ini merupakan spec Performance, dilengkapi bumbung panoramik, keyless entry, dual motor AWD serta rim tayar 20-inci. Sama seperti set AP di telefon pintar, set AP kereta seperti ini juga tidak datang dengan jaminan pengeluar, sebaliknya hanya ihsan jaminan dari penjual. Itu pun jika diberikan.



Adakah ini kereta yang lebih menarik dari Mercedes C-Class, BMW 3-series dan Audi A4? Memanglah ia lagi mahal tetapi ia adalah kereta yang unik di Malaysia kerana sangat sukar dilihat di atas jalan, termasuk di Kuala Lumpur. Pasti ramai yang tertarik untuk melihatnya nanti.

Sumber: Mudah.my, Oto.my

Tags: TeslaTesla Model 3
Najib

Najib

POPULAR

Iklan kereta elektrik Tesla Model 3 mula kelihatan di Malaysia

Iklan kereta elektrik Tesla Model 3 mula kelihatan di Malaysia

28 November 2019
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN