• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Laptop 3 dan Surface Pro 7 akan dilancarkan di Malaysia bulan ini

  • OLEH Najib
  • 5:21 pm
  • 04/12/2019
  • Komen
Surface Laptop 3 dan Surface Pro 7 akan dilancarkan di Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft telah melancarkan barisan produk komputer Surface pada bulan Oktober lepas. Beberapa produk tersebut kini telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia sebelum tahun baru menjelang.

Microsoft Malaysia telah mengeluarkan jemputan ke majlis pelancaran Surface Pro 7 dan Surface Laptop 3, yang akan diadakan pada hari Selasa depan, 10 Disember 2019. Dalam majlis yang sama, Microsoft turut menyatakan mereka akan memperlihatkan juga dua lagi produk, Surface Pro X dan Surface Hub 2S yang dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama kemudian.



Walaupun akan dilancarkan minggu depan, kedua-dua produk ini sebenarnya boleh mula ditempah sekarang. Stor Rasmi Microsoft di Lazada dan Shopee telah menyenaraikan Surface Pro 7 dan Surface Laptop 3 untuk tempahan awal, bersama 3 lagi aksesori baru. Kesemua tempahan awal ini dijangka tiba pada 9 Disember 2019. Untuk tempahan awal, pembeli akan menerima Microsoft Office 365 Personal bernilai RM258 secara percuma.

Senarai harga untuk produk baru Microsoft Surface ini adalah seperti berikut:



  • Surface Pro 7 (i5-1035G4/Intel Iris Plus Graphics/8GB/256GB/12.3-inch) – RM5,499
  • Surface Pro 7 (i7-1065G7/Intel Iris Plus Graphics/16GB/256GB/12.3-inch) – RM6,799
  • Surface Pro 7 (i7-1065G7/Intel Iris Plus Graphics/16GB/512GB/12.3-inch) – RM8,299
  • Surface Laptop 3 (i5-1035G7/Intel Iris Plus Graphics/8GB/128GB/13.5-inch) – RM4,499
  • Surface Laptop 3 (i5-1035G7/Intel Iris Plus Graphics/8GB/256GB/13.5-inch) – RM5,699
  • Surface Laptop 3 (i7-1065G7/Intel Iris Plus Graphics/16GB/256GB/13.5-inch) – RM7,099
  • Surface Pro Signature Type Cover – RM639
  • Surface Arc Mouse – RM339

Surface Pro 7

Tablet kegemaran ramai ini kini dikuasakan oleh pemproses terbaru Intel Core-i generasi ke-10, dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 10.5 jam. Ia juga telah dilengkapi port USB-C, selain port USB-A yang sedia ada. Skrin PixelSense-nya berukuran 12.3-inci dengan resolusi setinggi 2736×1824.

https://youtu.be/V4Hwi3o2X0E

Surface Laptop 3

Untuk peminat laptop pula, Surface Laptop 3 kini tampil dalam dua saiz skrin, 13.5-inci dan 15-inci. Sementara model 13.5-inci dikuasakan pemproses terbaru Intel Core-i generasi ke-10, model 15-inci pula menggunakan kuasa AMD Ryzen.

Tags: MicrosoftMicrosoft Surface Laptop 3Microsoft Surface Pro 7
Najib

Najib

POPULAR

Surface Laptop 3 dan Surface Pro 7 akan dilancarkan di Malaysia bulan ini

Surface Laptop 3 dan Surface Pro 7 akan dilancarkan di Malaysia bulan ini

4 December 2019
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN