• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Melancong di Kuala Lumpur akan lebih menarik dengan kod QR

  • OLEH Najib
  • 6:40 pm
  • 24/12/2019
  • Komen
Melancong di Kuala Lumpur akan lebih menarik dengan kod QR
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun anda sudah lama tinggal di Kuala Lumpur, tahukah anda lokasi apakah yang sesuai untuk dilawati oleh pelancong? Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan tiba tidak lama lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan produk pelancongan terbaharu yang dipanggil sebagai KLQR Trail.

KLQR Trail telah dilancarkan pada hari Isnin lepas, menggunakan teknologi imbasan kod QR untuk menerangkan tentang tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di sekitar Kuala Lumpur. Terdapat 17 lokasi dimuatkan dalam fasa perintis buat masa ini, antaranya Kolam Biru River of Life, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur City Gallery, Jambatan Masjid Jamek, Kelab Sultan Selangor dan Rumah Tangki Loke Chow Kit Mansion.



Salah satu lokasi menarik di Kuala Lumpur

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL Noor Azman Malihin, projek tersebut merupakan sebahagian daripada promosi pelancongan yang pertama kali digunakan di negara ini. Menerusi Kod QR, pelancong boleh memuat naik maklumat setiap lokasi tarikan dilengkapi navigasi kesemua kawasan di sekitar ibu negara itu.

“Fasa rintis projek ini akan berjalan sehingga pertengahan Januari tahun hadapan. DBKL sangat mengalu-alukan sebarang bentuk maklumat balas dari semua pihak supaya penambahbaikan boleh dibuat dari semasa ke semasa. DBKL juga akan meluaskan lokasi di dalam projek ini seperti di Bukit Bintang, Taman Tasik Perdana dan Kampung Baru.” tambah Noor Azman.



Bagi menarik minat orang ramai menggunakan KLQR, DBKL turut menawarkan hadiah istimewa untuk mereka yang melengkapkan lawatan ke 17 lokasi ini. Dapatkan maklumat lanjut berkenaan projek KLQR ini menerusi laman web www.myqr.my

Sumber: Astro Awani

Tags: KLQR Trailkuala lumpur
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Melancong di Kuala Lumpur akan lebih menarik dengan kod QR

Melancong di Kuala Lumpur akan lebih menarik dengan kod QR

24 December 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER