Artikel ini dibawakan oleh Lazada
Rakyat Malaysia baru sahaja meraikan jualan besar-besaran pada 12 Disember lepas di mana Lazada Malaysia, terus mencatatkan rekod baru. Pada 12.12 Grand Year End Sale, ia menyaksikan penggunaan Lazada Wallet tertinggi, apabila 1 dari 2 rakyat Malaysia memilih wallet digital ini sebagai pilihan pembayaran di Lazada.
Peningkatan penggunaan Lazada Wallet ini seiring dengan promosi 12.12 online-to-offline, pertama kali diadakan Lazada. Pelanggan boleh membeli baucar tunai di Lazada dengan diskaun 50% sekurang-kurangnya dan melengkapkan pembayaran tersebut melalui Lazada Wallet di 12 cawangan rakan jenama LazMall sekitar Lembah Klang, dengan diskaun tambahan sehingga 12%.
Baucar tunai yang dibeli pada 12 dan 13 Disember telah berjaya menarik lebih pelanggan ke cawangan-cawangan tersebut pada 14 dan 15 Disember, di mana kadar penebusan baucar adalah lebih dari 96%. Lebih dari seribu pembelian berjaya direkod diseluruh cawangan penebusan dalam tempoh 4 jam pertama. Rakan-rakan jenama juga telah menerima sehingga 13 kali lebih jumlah transaksi berbanding dengan hujung minggu biasa.
Cawangan Realme di Sunway Pyramid, dan Viewnet di Low Yat, telah menyaksikan pembeli beratur panjang di kedai mereka sewaktu tempoh tawaran dari jam 12pm ke 2pm. HealthLand di Sunway Pyramid juga telah berjaya menjual sekitar 300 jam sesi urutan semasa jualan ini.
Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia berkata, “12.12 ini, kami terus memberi pengalaman terbaik melalui inovasi Kedai Konsep Baharu untuk terus kekal satu langkah di hadapan kehendak pengguna Malaysia, dan juga menawarkan lebih nilai tambahan kepada jenama dan para penjual kami sebagai platform eDagang yang dipercayai. Pada awalnya, Lazada Wallet telah direka sebagai satu solusi kepada kesesakan infrastruktur pembayaran untuk memastikan proses beli-belah yang stabil dan lancar. 12.12 ini, kami telah meluaskan lagi kemudahan penggunaan Lazada Wallet dengan membawakannya offline bagi mempamerkan potensi offline dan online untuk sama-sama maju kehadapan. Dengan peningkatan penggunaan Lazada Wallet ini, kami dapat melihat pengguna di Malaysia kini lebih memilih solusi tanpa tunai dan sememangnya usaha akan ditambah bagi menggalakkan penggunaannya pada 2020.”
Lazada Malaysia juga berjaya mempamerkan kemampuan logistik terbaik dengan memecah rekod penghantaran paling pantas di rantau Asia Tenggara, apabila berjaya melakukan penghantaran pertama dalam tempoh 39 minit selepas kempen bermula pada 12 Disember 2019. Rekod penghantaran sebelum ini dicatatkan dalam masa 80 minit pada jualan 11.11 yang lepas.
Bagi menampung jumlah permintaan yang meningkat pada musim cuti akhir tahun, Lazada eLogistics (LeL) telah menambah jumlah tenaga kerja 9 kali ganda berbanding hari biasa, dan juga melanjutkan tempoh operasi gudangnya di Subang kepada 24 jam untuk 6 hari.
Diantara barangan yang paling awal habis dijual terawal adalah 1,300 unit telefon pintar HUAWEI Mate 20 dalam tempoh beberapa minit pertama jualan, diikuti dengan lebih dari 2,010 kilogram Susu Penuh Krim Fernleaf (dalam tempoh 6 minit), 770 unit telefon pintar Oppo F11 (dalam tempoh 7 minit). Tiga kategori teratas yang mencatat jualan terbaik adalah Barangan Rumah, Telefon & Tablet dan Barangan Ibu & Bayi. Sementara itu, 3 jenama teratas di LazMall yang mencatat jualan terbaik adalah Samsung, Apple dan Milo.
Para ibu bapa semakin yakin dengan Milk Formula Guarantee Lazada yang diumumkan pada Oktober 2019, yang menawarkan Jaminan Pulangan Wang 3 kali ganda untuk produk-produk tulen serta 7 bulan tarikh luput mininum dari penghantaran bagi 18 jenama susu yang dipercayai. Pada 12.12, LazMall telah berjaya mencatat lebih dari 6 kali peningkatan jualan untuk produk dibawah Milk Formula Guarantee berbanding dengan tahun lepas.
Dengan program Car Seat Guarantee Lazada yang telah diperkenalkan awal November dalam memberi kesedaran kepentingan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS), LazMall juga mencatat kenaikan jualan CRS tahun ke tahun sebanyak 5 kali ganda semasa 12.12.