Selepas program e-Tunai Rakyat berkuat kuasa 15 Januari yang lalu, ada yang menimbulkan kegusaran yang data peribadi mereka mungkin terdedah kepada eksploitasi pihak ketiga. Apabila diminta mengulas isu tersebut, YB Lim Guan Eng memberikan jawapan mungkin boleh buatkan anda menarik nafas lega.
Menurut beliau, data yang dihimpunkan sepanjang program tersebut mungkin digunakan untuk lakukan kesan sosial terhadap ekonomi negara. Data anda hanya mengalir melalui Khazanah Nasional Berhad, selaku pelaksana program dan bukannya kepada pihak ketiga ataupun syarikat luar.
Dalam hal yang berkaitan, semasa diumumkan tahun sudah, YB Lim Guan Eng memberitahu yang e-Tunai Rakyat menyediakan sejumlah RM450 juta untuk diagihkan kepada 15 juta pengguna e-dompet yang layak. Namun, melihat kepada sambutan program tersebut, YB melakukan pengumuman baru untuk mengemas kini penawaran e-Tunai Rakyat.
Menurutnya, jika pemohonan melangkaui 15 juta sasaran awal, kerajaan turut akan memprosesnya kerana menurutnya, kerajaan masih mampu menampungnya.
Maka, anda tak perlu terburu-buru untuk menebusnya. Anda tentu saksikan ada platform penebusan yang tergendala pada hari pertama program berjalan akibat trafik yang terlalu tinggi.
Sumber: Berita Harian