Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

e-Tunai Rakyat: Anda Dapat RM30, Kerajaan Dapat Lebih Daripada Itu

Rancak warga Malaysia hari ini menebus RM30 e-Tunai Rakyat masuk kedalam salah satu daripada tiga e-Wallet yang berada bawah program tersebut. Tapi adakah anda ambil masa untuk baca Terma & Syarat (T&S) yang dikepilkan bersama-samanya?

Secara ringkas, T&S program tersebut terbahagia kepada tiga seksyen iaitu:

  1. Kriteria kelayakan
  2. Insentif program
  3. Perlindungan data peribadi

Saya pasti semua orang jelas tentang seksyen 1 dan 2 kerana ia diwar-warkan setiap masa, sejak tahun lepas. Tapi seksyen ketigalah ramai orang terlepas pandang.

Sejurus anda tebus RM30 melalui program tersebut, anda bersetuju yang data anda boleh digunakan oleh pihak ketiga untuk “bagi menentukan kejayaan program ini”. Data apa yang mereka boleh gunakan untuk tentukan kejayaan tersebut?

Mari kita senaraikan maklumat yang diperoleh kerajaan dengan RM30:

  • Wajah anda
  • Gambar kad pengenalan
  • Nama
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Untuk apa anda belanjakan RM30
  • Di mana anda belanjakan RM30
  • Bila anda belanjakan RM30

Untuk apa data-data ini berguna? Anda lupa tentang Cambridge Analytica?

Mungkin ini hanyalah spekulasi semata-mata, tapi tahukah anda Pilihan Raya Umum seterusnya perlu diadakan selewat-lewatnya 2023? Penerima e-Tunai Rakyat paling muda ialah berumur 18 tahun dalam tahun 2020 tapi dalam tahun 2023 mereka ini boleh mula mengundi.

Mujurlah di akhir T&S, Kerajaan ada beritahu yang kalau anda tak setuju untuk datan anda di-“eksploitasi”, anda boleh untuk tak sertai program ini dan tak terima RM30 tersebut.

Di bawah ini adalah salinan kepada Terma & Syarat Program e-Tunai Rakyat daripada APP Touch ‘n Go.


TERMA DAN SYARAT PROGRAM E-TUNAI RAKYAT

1. Kriteria kelayakan:

BACA  RM50 ePenjana boleh ditebus bermula 31 Julai hingga 24 September

Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun pada 31.12.2020.

Untuk melayakkan diri menyertai program ini, pemohon perlu mengemukakan bukti pengenalan diri menggunakan Kad Pengenalan Malaysia yang sah, berdasarkan kepada rekod JPN.

Pemohon yang mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 atau lebih bagi tahun 2018 adalah tidak layak untuk menyertai program ini, berdasarkan kepada pendapatan pemohon semasa pemohon fail cukai pendapatan tahun 2018.

2. Insentif program:

Pemohon yang layak akan menerima pembayaran RM30 secara ‘one-off’ apabila tuntutan telah diluluskan dan ia akan dikreditkan ke dalam e-Wallet pemohon dalam tempoh lima (5) hari. Walau bagaimanapun, kelewatan pembayaran mungkin berlaku semasa waktu puncak penyerahan tuntutan.

Insentif ini hanya boleh dituntut sekali sahaja oleh pemohon yang layak, mulai 15 Januari hingga 8 Mac 2020.

Insentif ini akan diberikan kepada pemohon yang terawal atau secara ‘first-come-first-serve’, sementara dana masih ada.

Setelah ditebus, insentif ini mesti digunakan sebelum atau pada 14 Mac 2020 dan sebarang jumlah insentif yang tidak digunakan akan ditolak daripada baki e-Wallet pemohon.

Semua insentif yang diterima adalah dihalang dan tidak boleh digunakan untuk transaksi seperti pemindahan dari satu akaun e-Wallet ke akaun e-Wallet yang lain, pengeluaran tunai dan kiriman wang. Semua insentif mestilah digunakan di Malaysia dan digunakan untuk barangan serta perkhidmatan yang disediakan di Malaysia.

Semua insentif yang diterima tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti haram.

3. Perlindungan Data Peribadi:

Dengan memohon untuk menyertai Program ini, notis privasi data [Peserta] (“kami”) yang telah disediakan untuk anda kini diguna pakai. Sebagai tambahan kepada notis privasi data berkenaan, anda bersetuju dan membenarkan kami, syarikat yang berkaitan dengan kami, Kerajaan Malaysia dan penamanya, jabatan kerajaan dan/atau agensi kerajaan untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi anda (yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda, Nombor Kad Pengenalan, alamat, nombor telefon mudah alih, dan, sekiranya diminta, butiran akaun bank, penyata bank dan maklumat transaksi) untuk tujuan seperti berikut:

  • Memberikan dan mendedahkan Data Peribadi anda kepada kami, penyedia perkhidmatan (yang mungkin berada di luar Malaysia), Kerajaan Malaysia dan penamanya, jabatan kerajaan dan/atau agensi untuk pengesahan dan proses kelayakan permohonan anda bagi program ini.
  • Pengesahan tuntutan insentif dengan penyedia perkhidmatan e-dompet lain yang mengambil bahagian jika berlakunya pertikaian.
  • Memproses sebarang aduan yang mungkin anda kemukakan terhadap kami untuk program ini.
  • Menghantar sebarang notis atau berkomunikasi dengan anda menerusi penyedia perkhidmatan pihak ketiga berkaitan dengan program ini.
  • Mengumpul data (termasuk maklumat transaksi) mengenai produk atau perkhidmatan yang dibelanjakan oleh anda menggunakan insentif ini.
  • Membolehkan Data Peribadi anda digunakan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan program ini.
  • Memberikan dan mendedahkan Data Peribadi anda (yang mungkin termasuk maklumat transaksi anda) kepada Kerajaan Malaysia dan penamanya, jabatan kerajaan dan/atau agensi bagi menentukan kejayaan program ini.
BACA  Ini adalah cadangan waktu perjalanan sempena Hari Raya Haji daripada PLUS

Harap maklum bahawa anda tidak boleh menyertai program ini jika anda tidak bersetuju dan tidak membenarkan kami mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi anda. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selaras dengan prinsip pemprosesan data (termasuk Prinsip Keselamatan) sebagaimana yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.