• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Gaming Nubia Seterusnya Akan Ada Pengecas 80W?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:09 am
  • 03/02/2020
  • Komen
Telefon Gaming Nubia Seterusnya Akan Ada Pengecas 80W?
Share on FacebookShare on Twitter

Jika betul apa yang dipertontonkan, sudah tentu ia akan jadi telefon yang dilengkapi sistem pengecasan terpantas dunia. Itulah yang dikongsikan pengasas juenama Nubia di laman Weibo beliau.

Daripada imej yang dikongsikan, beliau sedang mengecas Nubia Red Magic 5G. Tenaga yang dipam masuk berada pada tahap 8404 milivolt dan 9608 miliampere. Ia bermakna, pengecas Nubia Red Magic 5G bekerja pada tahap lebih 80W.



Satu lagi maklumat penting yang boleh diekstrak daripada gambar ini adalah ia menggunakan piawaian USB Power Delivery (PD) dan lantas, mencetuskan satu masalah.

Peraturan pengecasan USB PD mengikut output kuasa

Menurut piawaian USB PD, memang ia ada menyokong pengecasan sehingga 100W, tapi untuk mencapai tahap kerja setinggi itu, arus dihadkan kepada 5A sahaja dan ia bermakna jika ingin memenuhi piawaian USB PD 80W, pengecas perlulah beroperasi pada 16000 milivolt dan 5000 miliampere.



Jelas menunjukkan yang arus yang dipam masuk ke telefon ini melebihi hampir 2 kali ganda piawaian dan ia mungkin berbahaya kepada pengguna jika piawaian yang ditetapkan tak dipatuhi.

OPPO Reno Ace Gundam ini boleh dicas pada kadar 65W, terpantas di dunia setakat ini

Untuk rujukan, SuperVOOC 2.0 oleh OPPO bekerja pada 10V dan 6.5A dan mereka tak mengatakan yang ia menggunakan USB-PD sebaliknya ia adalah teknologi proprietari OPPO.

Sumber: Weibo

Tags: Nubianubia red magicnubia red magic 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Telefon Gaming Nubia Seterusnya Akan Ada Pengecas 80W?

Telefon Gaming Nubia Seterusnya Akan Ada Pengecas 80W?

3 February 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER