• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua rakyat Malaysia memenangi cabaran USD 1 juta GoPro

  • OLEH Najib
  • 1:20 pm
  • 04/02/2020
  • Komen
Dua rakyat Malaysia memenangi cabaran USD 1 juta GoPro
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, GoPro telah menerima 42,000 klip video sepanjang lebih 350 jam dalam cabaran GoPro Million Dollar Challenge Video. Ia menawarkan hadiah berjumlah USD 1 juta kepada mereka yang videonya terpilih. Peserta perlu menggunakan kamera GoPro Hero8 Black atau GoPro Max untuk menyertai cabaran ini.

Selepas meneliti semua video penyertaan, menyenarai pendek dan menggabungkannya menjadi sebuah video epik yang bersambung tanpa henti, sebanyak 56 klip telah dipilih, dari 45 pencipta video yang mewakili 17 buah negara. Dari 350 jam video menjadi 2 minit dan 17 saat.



Dari 45 pencipta video itu, dua orang adalah dari Malaysia. Mereka ialah Jia Wai Chong dan Baki Zainal. Klip video Jia Wai dirakam di Elmina Valley Park, Shah Alam. Manakala Baki Zainal pula di Escape Theme Park, Pulau Pinang. Klip mereka boleh ditonton di minit 0:36 (Jia Wai) dan 1:27 (Baki).

Hadiah berjumlah USD 1 juta ini dibahagikan samarata kepada semua 45 pencipta ini, memberikan setiap orang dari mereka menerima sebanyak USD22,222 (~RM91,445). GoPro tidak memaklumkan mereka yang terpilih ini lebih awal, sebaliknya mereka perlu menyemak dalam senarai yang diumumkan GoPro di laman web mereka.



Cabaran GoPro ini dibuat untuk memperlihatkan pelbagai kebolehan kamera GoPro untuk merakam video aksi di luar kebiasaan. Pelbagai klip video yang dihantar dalam cabaran ini menampilkan rakaman video di dalam air, berbasikal, mendaki gunung, pertunjukan bunga api, payung terjun, konsert dan banyak lagi.

Apakah anda juga memiliki video yang menarik menggunakan GoPro? Jangan lupa untuk turut serta dalam cabaran mereka yang akan datang.

Sumber: GoPro

Tags: GoProgopro hero 8 blackGoPro Max
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Dua rakyat Malaysia memenangi cabaran USD 1 juta GoPro

Dua rakyat Malaysia memenangi cabaran USD 1 juta GoPro

4 February 2020
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN