• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengeluar China mahu lancar GDSA untuk saingi Google Playstore

  • OLEH Najib
  • 10:59 am
  • 09/02/2020
  • Komen
Pengeluar China mahu lancar GDSA untuk saingi Google Playstore
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak Huawei disekat oleh kerajaan Amerika Syarikat, salah satu halangan terbesar yang mereka hadapi ialah ketiadaan khidmat Google di dalam peranti. Model baru telefon pintar Huawei seperti Mate 30 Pro tidak dilengkapi Google Playstore dan ini menyebabkan banyak aplikasi di dalamnya tidak dapat diakses dan digunakan dengan sempurna.

Bagi mengurangi kebergantungan kepada Google Playstore, pengeluar peranti China dilaporkan akan berganding tenaga untuk melancarkan Global Developer Service Alliance (GDSA). Buat masa ini, ia disertai oleh Oppo, Vivo dan Xiaomi. Ada yang menyebut Huawei turut serta tetapi ia masih tidak disahkan.



Sebenarnya, semua pengeluar peranti mempunyai stor aplikasi tersendiri, seperti Samsung Galaxy Store, Huawei AppGallery, Oppo AppMarket dan banyak lagi. Semuanya menjadi tempat aplikasi Android dikumpulkan, tetapi jumlah aplikasi di dalamnya jauh lebih rendah dari Google Playstore.

Jumlah yang rendah ini kerana pembangun aplikasi kurang memuat naik aplikasi mereka ke dalam stor aplikasi lain. Selain pengguna yang lebih rendah, pembangun juga perlu melalui proses tambahan untuk memasukkan aplikasi mereka ke dalam stor aplikasi tersebut.



GDSA mahu menjadi platform di mana pembangun aplikasi hanya perlu melalui satu proses dan semua aplikasi mereka akan tersedia di dalam stor aplikasi pengeluar peranti yang terlibat. Bermakna, hanya dengan muat naik aplikasi di GDSA, ia akan tersedia digunakan di stor aplikasi Oppo, Vivo dan Xiaomi. Mungkin termasuk Huawei juga.

Kemudahan ini penting untuk pengeluar peranti terutama dari China. Ini dapat mengelakkan mereka daripada terlalu bergantung dengan Google Playstore sekaligus mengelakkan tersekat seperti apa yang terjadi pada Huawei. Walaupun Huawei telah bergiat aktif meluaskan penggunaan AppGallery mereka, masih banyak aplikasi tidak terdapat di dalamnya, terutama aplikasi yang memerlukan tahap keselamatan tinggi seperti aplikasi perbankan dan kewangan.

GDSA dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Mac dan meliputi 9 buah negara termasuk India, Indonesia, Malaysia dan Rusia. Laman web GDSA telah aktif dan boleh diakses di www.gdsa.com

Sumber: Reuters, The Verge

Tags: Huaweioppovivoxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pengeluar China mahu lancar GDSA untuk saingi Google Playstore

Pengeluar China mahu lancar GDSA untuk saingi Google Playstore

9 February 2020
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER