• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Flip: telefon boleh lipat Samsung yang lebih mudah dilipat

  • OLEH Najib
  • 2:27 pm
  • 12/02/2020
  • Komen
Galaxy Z Flip: telefon boleh lipat Samsung yang lebih mudah dilipat
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majlis pelancaran yang sama dengan Galaxy S20, Samsung turut melancarkan telefon boleh lipat kedua mereka, Galaxy Z Flip. Ia merupakan telefon yang berbeza dengan Galaxy Fold, kerana ia merupakan telefon yang boleh dilipat dua, bukannya tablet dilipat menjadi telefon.

Banyak perkara yang Samsung telah pelajari dari Galaxy Fold dan ia diterjemahkan kepada penambahbaikan di Galaxy Z Flip. Antaranya penggunaan engsel tersembunyi dua tahap. Engsel ini dipasang gentian nilon untuk menghalang kemasukan debu dan kotoran yang oleh merosakkan engsel.



Engsel dua tahap ini turut memberi kelebihan di mana Galaxy Z Flip bukan sahaja boleh dilipat buka atau tutup, tetapi boleh dilipat 90-darjah, agar ia boleh berdiri tegak dan separuh dari skrin boleh dilihat, seperti membuat panggilan video tanpa perlu dipegang.

Skrin Galaxy Z Flip tidak menggunakan plastik, sebaliknya ia diperbuat dari kaca ultra nipis. Ini mengurangkan kesan lipatan pada skrin di samping memberi ketahanan lebih tinggi dari plastik.



Sebagai telefon pintar baru, ia dilengkapi banyak teknologi terkini. Galaxy Z Flip memiliki skrin kaca Dynamic AMOLED boleh lipat seluas 6.7-inci. Resolusinya HD Penuh dengan nisbah paparan 21.9:9. Ia ada takuk kecil di atas yang memuatkan kamera 10MP F2.4.

Di luar, ia dipasang skrin Super AMOLED kecil 1.1-inci, yang boleh memaparkan notis serta menjawab panggilan tanpa perlu membuka skrin. Di tepi skrin ini, terdapat dwi-kamera iaitu kamera utama 12MP F1.8 bersama OIS, serta kamera ultra lebar 12MP F2.2.

Galaxy Z Flip diperkasa pemproses 8-teras 7nm yang masih belum dinamakan. Yang pasti, ia tidak sama seperti Galaxy S20 yang menggunakan cip Exynos 990 dan Snapdragon 865. RAM di Galaxy Z Flip sebesar 8GB dan storannya 256GB.

Bateri di dalamnya berkapasiti 3,300mAh dan ia menyokong pengecasan pantas berwayar dan pengecasan wayarles. Walaupun menggunakan skrin AMOLED, telefon ini menggunakan pengimbas capjari fizikal di sisi, sama seperti Galaxy Fold.

Galaxy Z Flip akan hadir dalam tiga warna iaitu merah jambu, hitam dan emas. Ia akan mula dijual di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan pada 14 Februari, diikuti negara lain pada harga USD1,380 (~RM5,702).

Walaupun nama Malaysia tidak dinyatakan, laman produk Galaxy Z Flip telah kelihatan di Samsung Malaysia. Kita mungkin dapat melihat ia dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Tags: samsungSamsung Galaxy Z Flip
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Z Flip: telefon boleh lipat Samsung yang lebih mudah dilipat

Galaxy Z Flip: telefon boleh lipat Samsung yang lebih mudah dilipat

12 February 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN