• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ramai pengguna Samsung terima 1 mesej misteri, apa maksudnya?

  • OLEH Najib
  • 11:17 am
  • 21/02/2020
  • Komen
Ramai pengguna Samsung terima 1 mesej misteri, apa maksudnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda salah seorang pengguna telefon pintar Samsung, anda mungkin ada menerima satu mesej misteri semalam. Satu notifikasi dari “Find My Mobile” terpapar dengan nombor “1” tanpa sebarang penjelasan lanjut bersamanya.

Apabila notis tersebut ditekan, ia hilang dan tiada apa yang terjadi. Sebagai seorang yang terlalu banyak menonton filem penggodam komputer (seperti Money Heist), ini adalah sesuatu yang sangat mencurigakan.



Recently, a notification about “Find My Mobile 1” occurred on limited number of Galaxy devices. This notification was confirmed as a message sent unintentionally during internal test and there is no effect on your device.

— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) February 20, 2020

Tetapi Samsung Malaysia tampil menjelaskan, sebenarnya ia adalah kesilapan sistem mereka sendiri. Menurut ciapan balas mereka kepada @vernieman, mesej itu adalah sebahagian dari ujian dalaman yang sedang dijalankan tetapi dihantar keluar kepada semua pengguna secara tidak sengaja. Perkara ini tidak memberi sebarang kesan kepada peranti pengguna, sebaliknya ia lebih kepada ujian untuk memastikan ia berfungsi degan baik.

Fungsi “Find My Mobile” di peranti Samsung membenarkan pemilik untuk mengesan peranti mereka secara jarak jauh jika ia hilang atau dicuri. Ia serupa dengan fungsi “Find My Phone” di iPhone.



Secara lalai, ia diaktifkan semasa pengguna pertama kali menghidupkan telefon pintar. Ia juga boleh diakses menerusi laman web menggunakan daftar masuk akaun Samsung pengguna. Jika tidak mahu mengaktifkannya, ia boleh dinyahaktif menerusi tetapan di Settings > Biometrics and security > Find my Mobile.

Sumber: Sammobile, @vernieman

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Ramai pengguna Samsung terima 1 mesej misteri, apa maksudnya?

Ramai pengguna Samsung terima 1 mesej misteri, apa maksudnya?

21 February 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN