• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Kemas Kini MateBook X Pro dan Lancarkan Siri MateBook D

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:38 am
  • 25/02/2020
  • Komen
Huawei Kemas Kini MateBook X Pro dan Lancarkan Siri MateBook D
Share on FacebookShare on Twitter

Turut berlaku dalam majlis pelancaran Huawei Mate Xs adalah pengumumkan beberapa produk laptop Huawei. Secara ringkasnya mereka telah menaik taraf komponen pada MateBook X Pro tahun lepas kepada yang lebih segar dan mereka turut memperkenal MateBook D, satu siri baru dalam barisan laptop,

MateBook X Pro (2020)

MateBook X Pro (2020) miliki fizikaliti yang serupa dengan model tahun sudah. Bezanya adalah pada komponen dalam serta boleh didapati dalam warna baru.



Perubahan paling ketara adalah pada penggunaan CPU Intel gen-10 yang tentu sekali lebih baik daripada CPU Gen-8 sebelum ini.

Warna baru MateBook Pro X (2020)

Dalam edisi 2020, MateBook X Pro ditawarkan dalam tiga perisa iaitu:



  • Core i5 + RAM 16GB + 512GB SSD
  • Core i5 + RAM 16GB + 512GB SSD + GPU MX250
  • Core i7 + RAM 16GB + 512GB SSD + GPU MX250

Specs papan utama dilihat agak baik untuk ultrabook seperti ini. Lebih menarik, ia dibekalkan paparan beresolusi tinggi serta tinggi juga kejituan warna. Anda boleh temui paparan 3000 x 2000 dan ia juga peka sentuhan.

Bilangan port I/O masih dikekalkan daripada edisi terdahulu. Anda terima 2 port USB-C dengan satu menyokong Thunderbolt 3 serta 1 USB-A (ver. 3.0) disamping jek audio 3.5mm.

Bagusnya laptop ini adalah ia menyokong pengecasan jenis PD. Jadi, ia boleh dicas menggunakan pengecas telefon yang menyokong piawaian yang sama.

MateBook X Pro (2020) akan mula dijual April 2020 pada harga seperti berikut:

  • Core i5 + RAM 16GB + 512GB SSD – EUR1,499 (RM6,866)
  • Core i5 + RAM 16GB + 512GB SSD + GPU MX250 – EUR1,699 (RM7,782)
  • Core i7 + RAM 16GB + 512GB SSD + GPU MX250 – EUR1,999 (RM9,156)

MateBook D

Ada dua varian MateBook D diperkenalkan dalam majlis ini iaitu D14 dan D15. Beza antara mereka cumalah pada saiz paparan serta konfigurasi CPU dan GPU yang diguna pakai.

Ada tiga varian ditawrakan masing-masing untuk D14 dan D15. Mereka ialah:

  • Ryzen 5 3500U + RAM 8GB + Storan 256GB SSD
  • Ryzen 7 3700U + RAM 8GB + Storan 512GB SSD
  • Core i5 + 256GB SSD + 1TB HDD + GPU MX250

Daripada specs tersebut, jelas menunjukkan yang ia diletakkan dalam kelas pertengahan ataupun untuk kegunaan kasual. Keyataan itu diperkukuh dengan kehadiran panel FHD berbanding 3K pada MateBook Pro X.

Anda juga tak terima paparan peka sentuhan untuk siri ini tapi ia bukanlah masalah besar untuk sesebuah laptop. Lebih penting adalah storannya yang ada kombinasi SSD dan HDD serta ada juga MX250 kalau-kalau anda perlu lakukan kerja yang agak lasak untuk ditanggung laptop.

Port I/O pada siri MateBook D juga lebih pelbagai. Anda terima 2 unit USB-A , 1 unit USB-C, 1 unit HDMI serta jek audio 3.5mm.

Huawei MateBook D akan mula menerjah pasaran seawal Februari 2020 pada harga seperti berikut:

  • MateBook D15 – Ryzen 5 3500U + RAM 8GB + Storan 256GB SSD – EUR649 (RM2,972)
  • MateBook D15 – Ryzen 7 3700U + RAM 8GB + Storan 512GB SSD – EUR799 (RM3,659)
  • MateBook D15 – Core i5 + 256GB SSD + 1TB HDD + GPU MX250 – EUR949 (RM4,347)
  • MateBook D14 – Ryzen 5 3500U + RAM 8GB + Storan 256GB SSD – EUR699 (RM3,201)
  • MateBook D14 – Ryzen 7 3700U + RAM 8GB + Storan 512GB SSD – EUR799 (RM3,659)
  • MateBook D14 – Core i5 + 256GB SSD + 1TB HDD + GPU MX250 – EUR949 (RM4,347)
Tags: Huaweihuawei matebook d 14Huawei MateBook D 15huawei matebook x prohuawei matebook x pro (2020)
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei Kemas Kini MateBook X Pro dan Lancarkan Siri MateBook D

Huawei Kemas Kini MateBook X Pro dan Lancarkan Siri MateBook D

25 February 2020
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER