• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V19 akan datang dengan satu atau dua kamera hadapan?

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:42 pm
  • 12/03/2020
  • Komen
Vivo V19  akan datang dengan satu atau dua kamera hadapan?
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo mengumumkan bakal memperkenalkan ahli baharu dalam siri V, Vivo V19 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Khabarnya yang bakal di lancarkan di Malaysia berbeza dengan model yang telah menjengah pasaran Indonesia. Apa yang bezanya?

Mengikut apa yang dikongsikan Vivo Malaysia, Vivo V19 direka dengan dwikamera hadapan, 32MP. Dari gambaran visual, Vivo V19 akan dilengkapi dengan skrin Super AMOLED Ultra O. Maknanya setakat yang didedahkan hanya skrin hadapan dan dwikamera.



Tidak ada maklumat terperinci tentang spesifikasi Vivo V19 versi Malaysia namun, apa yang pasti setakat yang dibocorkan sudah berbeza dengan keluaran Indonesia. Malah, tarikh pelancarannya juga tidak didedahkan lagi.

Di Indonesia, Vivo V19 didatangkan dalam warna Crystal White dan Artic Blue. Bahagian hadapannya dilengkapi dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci beresolusi Full HD Plus dengan sokongan fungsi pengesan cap jari paparan.



Kamera hadapannya juga terletak di punch-hole di bahagian kanan atas tetapi hanya ada satu kamera sahaja. Kamera selfienya dilengkapi dengan sensor 32 MP.

Jelas setakat ini kedua-dua spesifikasi kamera hadapan sudah berbeza namun, adakah selebihnya juga tidak sama?

Untuk model Indonesia, Vivo V19 menampilkan kuadkamera belakang sebagai tarikan jualannya. Kameranya dilengkapi dengan sensor 48 MP, 8 MP (ultralebar) dan selebihnya sensor 2 MP makro serta bokeh.

Di atas papan utama, Vivo V19 dikuasakan oleh chipset Qualcomm Snapdragon 675 dipadukan 8GB RAM dengan pilihan memori 128 GB dan 256 GB. Peranti ini juga dijana bateri berkapasiti 4.500 mAh, lengkap dengan dual engine fast charging.

Untuk model Malaysia, khabarnya maklumat spesifikasi akan didedahkan dalam masa terdekat sebelum pelancaran. Adakah kita boleh menjangkakan spesifikasi yang lain sama seperti di Indonesia? Harganya pula bagaimana? Kalau di Indonesia harganya bermula dari IDR 4,299,000  (RM 1,256), jadi di Malaysia dengan dualkamera akan lebih mahal daripada itu?

Mungkin di Malaysia kenapa kamera hadapannya berbeza kerana Vivo perlu tampil lebih menonjol untuk peranti dalam kelas yang sama. Dan mungkin itu juga tarikan jualannya selain mungkin kuadkamera juga.

Untuk maklumat lanjut nantikan kemaskini terkini di laman rasmi Vivo.

Tags: vivoVIVO V19
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Vivo V19  akan datang dengan satu atau dua kamera hadapan?

Vivo V19 akan datang dengan satu atau dua kamera hadapan?

12 March 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER