• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P40 akan datang dalam lima warna dengan kemasan seramik khusus buat P40 Pro PE

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 16/03/2020
  • Komen
Huawei P40 akan datang dalam lima warna dengan kemasan seramik khusus buat P40 Pro PE
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei akan melancarkan siri P40 pada 26 Mac, menerusi acara siaran langsung sahaja, tanpa kehadiran orang ramai. Masih belum ada info rasmi berkenaan telefon yang akan dilancarkan dalam masa seminggu lagi, tetapi ia tidak menghalang pembocor berita berkongsi maklumat tentangnya.

Evan Blass, salah seorang pembocor berita popular telah memuat naik status di media sosial, bercerita tentang warna rasmi untuk keluarga Huawei P40. Agak sukar untuk meneliti perbezaan model dari gambar yang dikongsi kerana Evan tidak memberi penerangan, tetapi kami berjaya menemui perbezaan model dan warna yang berkaitan dengannya.



Dari gambar tersebut, terdapat tiga model telefon pintar yang berbeza. Seperti dalam pelbagai maklumat terbocor sebelum ini, akan ada tiga model P40 yang bakal diperkenal iaitu Huawei P40, Huawei P40 Pro dan Huawei P40 Pro PE (Premium Edition).

Huawei P40 memiliki tiga kamera belakang, di mana semua kamera tersebut berbentuk bulat. Terdapat lima warna untuk Huawei P40 di dalam gambar ini iaitu Kelabu, Emas, Hitam, Biru dan warna Putih di hujung sekali, dipercayai sama dengan warna Breathing Crystal di Huawei P30.



Huawei P40 Pro pula, terdapat empat kamera di belakangnya. Ia juga diberikan lima pilihan warna seperti Huawei P40 iaitu Kelabu, Emas, Hitam, Biru dan Putih “Breathing Crystal”.

Bagi Huawei P40 Pro PE, ia ada lima kamera di belakang dan datang dalam dua warna sahaja iaitu Hitam dan Putih. Dikhabarkan P40 Pro PE akan menggunakan kemasan seramik di belakang, berbanding kaca di P40 dan P40 Pro.

Huawei P40 Pro (kiri) dan Huawei P40 Pro PE (kanan)

Selain itu, dijangka P40 Pro akan mengekalkan zum yang sama dengan P30 Pro iaitu zum optikal 5x dan zum digital 100x. Manakala P40 Pro PE akan datang dengan zum lebih tinggi, dijangka zum optikal 10x dan zum digital 100x. Gambaran yang dikongsikan sebelum ini memperlihatkan P40 Pro PE memiliki jarak fokal di antara 18mm hingga 240mm, dengan bukaan apertur F1.8 hingga F4.0.

Lain-lain maklumat rasmi akan kita perolehi semasa majlis pelancarannya pada 26 Mac kelak. Selain spesifikasi, harga dan tarikh jualannya akan turut diketahui pada majlis tersebut.

Sumber: Evan Blass

Tags: Huaweihuawei p40
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Huawei P40 akan datang dalam lima warna dengan kemasan seramik khusus buat P40 Pro PE

Huawei P40 akan datang dalam lima warna dengan kemasan seramik khusus buat P40 Pro PE

16 March 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER