• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A91 dilancar 18 Mac dan dijual secara ekslusif di Lazada

  • OLEH Najib
  • 1:11 pm
  • 16/03/2020
  • Komen
Oppo A91 dilancar 18 Mac dan dijual secara ekslusif di Lazada
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo bakal membawakan satu telefon pintar kelas pertengahan ke Malaysia tidak lama lagi. Telefon tersebut ialah Oppo A91 dan ia akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac ini.

Dalam status terbaru di Facebook, Oppo Malaysia mengumumkan mereka akan melancarkan Oppo A91 pada 18 Mac 2020, dengan kerjasama Lazada. Ia akan dilancar secara dalam talian dan dijual secara ekslusif di Stor Oppo di Lazada.



Pelancaran tersebut akan dibuat pada pukul 6 petang dan menyediakan hadiah untuk penonton siaran langsung tersebut. Ia boleh ditonton menerusi Facebook Oppo Malaysia serta menerusi aplikasi Lazada Malaysia. Baucer bernilai RM600,000 disediakan untuk penonton pelancaran ini di aplikasi Lazada Malaysia.

Beberapa perkara yang bakal tampil di Oppo A91 adalah seperti RAM 8GB, storan 128GB, pengecas VOOC 3.0 serta 4 kamera belakang bersama kamera utama 48MP. Laman produk ini masih belum terdapat di Oppo Malaysia tetapi ia telah tersenarai di laman Oppo Global.



Laman produk Oppo A91 di laman global menerangkan ia dikuasakan oleh cip Mediatek Helio P70 dengan bateri berkapasiti 4,025mAh. Skrinnya dari jenis AMOLED, berukuran 6.4-inci bertakuk dan memiliki pengimbas capjari terbina di dalamnya. Ia turut dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.

Empat kamera di belakangnya ialah kamera utama 48MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.25, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera mono 2MP F2.4. Kamera hadapan yang terletak di dalam takuk pula ialah kamera 16MP F2.0.

Oppo A91 telah dijual di China pada harga RMB1,999 (~RM1,228) dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Terdapat tiga warna ditawar di China iaitu merah, hitam dan putih/biru. Tetapi laman global hanya menyenaraikan dua warna sahaja, hitam dan putih/biru. Dijangka perkara yang sama untuk pasaran Malaysia juga.

Telefon ini dilihat sebagai naik taraf dari Oppo A9 2020, seperti penggunaan skrin AMOLED HD Penuh dan pengecas pantas VOOC 3.0, tetapi baterinya lebih kecil dan ia tiada speaker stereo.

Sumber: Oppo

Tags: LazadaoppoOppo A91
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo A91 dilancar 18 Mac dan dijual secara ekslusif di Lazada

Oppo A91 dilancar 18 Mac dan dijual secara ekslusif di Lazada

16 March 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN