• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Rakyat Malaysia yang bekerja di Thailand dan Singapura tidak dibenarkan ke luar negara

  • OLEH Najib
  • 5:31 pm
  • 17/03/2020
  • Komen
COVID-19: Rakyat Malaysia yang bekerja di Thailand dan Singapura tidak dibenarkan ke luar negara
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu larangan yang diumumkan kerajaan semalam dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ialah sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bermakna, rakyat Malaysia yang berada di dalam negara, tidak boleh keluar walaupun ke negara bersempadan Malaysia seperti Thailand dan Singapura.

Perintah yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020 turut terpakai kepada rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia tetapi bekerja di luar negara dengan menyeberangi sempadan setiap hari. Perintah ini dikeluarkan atas dasar keselamatan komuniti, dengan mengehadkan pergerakan di dalam negara, serta menyekat seseorang dari keluar atau masuk ke dalam negara. Mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing-masing berkenaan perkara ini.



Perkara ini berbeza dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura. Pada 15 Mac lepas, Singapura telah melaksanakan sekatan sempadan negara ASEAN selama 30-hari bagi menyekat penyebaran wabak COVID-19. Tetapi sekatan ini dikecualikan kepada rakyat Singapura dan Malaysia yang menyeberangi sempadan melalui darat dan laut.

Perintah Kawalan Pergerakan dari kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa pada 18 Mac, akan membatalkan kebenaran yang diberikan oleh kerajaan Singapura tadi. Ia bukan sahaja tidak membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ke sana, malah rakyat Singapura yang datang ke Malaysia untuk bekerja di sini.



Sumber: Malay Mail

Tags: COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
COVID-19: Rakyat Malaysia yang bekerja di Thailand dan Singapura tidak dibenarkan ke luar negara

COVID-19: Rakyat Malaysia yang bekerja di Thailand dan Singapura tidak dibenarkan ke luar negara

17 March 2020
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER