Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan dua kematian berkaitan COVID-19.
Kes yang pertama ialah kes-178 iaitu seorang warga Malaysia berumur 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Pada 5 Mac 2020, dia telah menunjukkan symptom-simptom jangkitan sebelum disahkan meninggal pada 17 Mac 2020.
TERKINI: Dua kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 17, 2020
1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.
Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai
Kes yang kedua ialah seorang lelaki Sarawak yang miliki sejarak penyakit kronik. Dia mempamerkan gejala pada 7 Mac 2020 sebelum meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada 17 Mac 2020.
Selain dua kematian, Malaysia juga mencatatkan 120 kes baru. Ia menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 673 kes. Daripada jumlah tersebut, 95 kes ada kaitan dengan kluster Masjid Jamek Seri Petaling.
Sedikit berita baik untuk kita, sebanyak 7 kes dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan pulang. Ia menjadikan bilangan terkumpul pesakit pulih menjadi 49 orang.
Sumber: KKM