• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan Tangguh Keperluan Bayaran Balik PTPTN Sehingga Jun 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:01 pm
  • 19/03/2020
  • Komen
Kerajaan Tangguh Keperluan Bayaran Balik PTPTN Sehingga Jun 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Pagi tadi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menyebut bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersetuju menangguhkan pembayaran pinjaman. Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Petang ini, PTPTN tampil menjelaskan perkara tersebut, menerusi Facebook. Ringkasnya, peminjam diberi penangguhan selama tiga bulan, sehingga 30 Jun 2020. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian Careline PTPTN di 03 – 2193 3000 atau layari portal rasmi www.ptptn.gov.my.



Kenyataan penuh PTPTN adalah seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA PTPTN: PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN AKIBAT PENULARAN COVID-19

1. PTPTN merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan – Menteri Pertahanan berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada hari ini, 19 Mac 2020.

2. Sehubungan itu, dengan penuh rasa prihatin Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020.

3. Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.

4. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 – 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.

5. PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

Sekian, terima kasih.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
19 Mac 2020

Sumber: PTPTN



Tags: COVID-19PTPTN
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kerajaan Tangguh Keperluan Bayaran Balik PTPTN Sehingga Jun 2020

Kerajaan Tangguh Keperluan Bayaran Balik PTPTN Sehingga Jun 2020

19 March 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN