Selepas Huawei melancarkan siri P40 mereka, kali ini giliran Xiaomi melancarkan keluarga Mi 10. Melihat pada helaian speisifkasi, agak sukar untuk Huawei menarik minat pengguna untuk berpaling pada mereka.
Asasnya, ada tiga buah model diperkenalkan kali ini iaitu Mi 10 Pro, Mi 10, dan Mi 10 Lite. Semuanya menyokong rangkaian 5G pada pelbagai harga. Mungkin untuk kekalkan harga mampu milik, penawaran konfigurasi RAM dan storan mereka agak terhad kali ini.
Mi 10 Pro
Ini adalah telefon siri Mi paling berkuasa setakat ini. Ia diperkasa Snapdragon 865 dan dibekalkan RAM 8GB beserta storan 256GB. Menurut laman rasmi produk, hanya satu konfiguras RAM dan storan saja disediakan. Anda boleh jangkakan prestasi yang amat baik melalui penggunaan storan UFS3.0 serta RAM LPDDR5.
Rekaan berbingkai nipis dengan sisi melengkuk digunakan pada telefon ini. Paparannya menggunakan panel OLED sebesar 6.67” beresolusi FHD+. Melayani kandungan multimedia pastinya puas hati sebab ada speaker stereo yang sebenar.
Di bahagian kamera, ia ada konfigursi iras Mi Note 10. Pda Mi 10, ia mewarisi kamera 108MP, kamera potret 12MP, dan kamera ultralebar 20MP. Kemudian , pada kamera telefoto, ia diberikan sensor 8MP dan tiada kamera makro kelihatan pada badannya.
Untuk swafoto, pengguna diberikan kamera selfie 20MP berbanding 32MP pada Mi Note 10 Pro.
Spesifikasi bateri telefon ini juga amat baik. Sudahlah bateri 4,500mAh yang ditawrakan adalah besar, ia turut menyokong pengecasan pantas 50W dan 30W secara wayarles. Sebagai perbandingan, P40 Pro yang baru dilancarkan menyokong 40W (kabel) dan 40W (wayarles).
Mi 10
Versi yang lebih “ringan” ini bukanlah lopek langsung. Ia tetap ada sebahagian besar komponen Mi 10 Pro malah ada bahagian yang lebih baik. Ia masih miliki SoC Snapdragon 865 berserta RAM 8GB. Tapi pilihan storan model ini boleh dipilih sama ada 128GB ataupun 256GB.
Pada sudut fizikaliti, ia sangat mirip sebab tetap gunakan paparan 6.67” OLED beresolusi FHD+. Tapi speaker stereo pada versi Pro tidak hadir dalam model ini sebaliknya hanya dikenakan speaker tunggal di bahagian bawah, di sebelah port USB-C.
Bercakap tentang port USB-C, bateri Mi 10 lebih besar berbanding saudara yang lebih mahalnya itu. Ia ada bater 4,780mAH, namun tidak menyokong pengecasan sepantas Mi 10 Pro. Berbanding 50W, Mi 10 biasa menyokong pengecasan pantas 30W sama ada berkabel ataupun wayarles.
MI 10 Lite
Mi 10 Lite adalah telefon yang menyokong rangkaian 5G dalam bentuk telefon kelas pertengahan. Rupa fizikalnya berbeza dariapda Mi 10 Pro dan Mi 10 biasa. Ia ada paparan OLED 6.57” tak melengkung di bahagian sisi.
Atas papan utama, ia ada SoC Snapdragon 762G dengan konfigurasi RAM+storan, 6GB+128GB ataupun 8GB+128GB. Bahagikan pengimejan ada identiti Redmi Note 9S yang baru dilancarkan. Ia ada kamera 48MP, 8MP (ultralebar), 5MP (makro), dan 2MP (bokeh).
Di bahagian depan, anda ada kamera selfie 16MP untuk digunakan.
Xiaomi membekalkan bateri 4,160mAh pada telefon ini dan ia menyokong pengecasan pantas 20W.
Harga
Tiada maklumat tentang bilakah telefon ini akan tiba di Malaysia. Tapi di pasaran Eropah sana, keluarga Mi 10 ini dijual pada harga seperti berikut:
- Mi 10 Pro (8+128) – EUR 999
- Mi 10 (8+128) – EUR 799
- Mi 10 (8+256) – EUR 899
- Mi 10 Lite (8+128) – EUR 349