• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor 30 akan tiba pada 15 April, tanpa modul kamera besar

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 01/04/2020
  • Komen
Siri Honor 30 akan tiba pada 15 April, tanpa modul kamera besar
Share on FacebookShare on Twitter

Honor bakal melancarkan peranti flagship terbaru mereka tidak lama lagi, apabila telah memuat naik poster pelancaran Honor 30. Poster tersebut turut menampilkan duta bagi Honor 30, pelakon popular China, Li Xian.

Majlis pelancaran Honor 30 akan diadakan pada 15 April 2020 di China. Ini dibuat sehari selepas OnePlus 8 dilancarkan. Tetapi memandangkan ini pelancaran di China, ia akan mengambil lebih masa untuk dilancarkan di peringkat antarabangsa, sekaligus datang ke Malaysia.



Poster ini juga menyatakan, ia akan melancarkan siri Honor 30. Bermakna lebih dari satu model Honor 30 akan diperkenal. Tahun lepas, terdapat tiga model Honor 20 dilancarkan iaitu Honor 20, Honor 20 Pro dan Honor 20 Lite. Honor 20 dan Honor 20 Pro adalah peranti flagship manakala Honor 20 Lite dikuasakan cip kelas pertengahan.

Buat masa ini masih tiada maklumat berkenaan Honor 30 dikongsikan. Malah, gambar dari poster pelancaran ini juga menyembunyikan semua perkara penting pada telefon tersebut. Satu yang boleh diperkatakan, ia tidak menggunakan modul kamera belakang empat segi yang besar, seperti di Huawei P40 dan Galaxy S20.



Menurut kebiasaan sebelum ini, Honor 30 pasti dilengkapi cip flagship terkini, iaitu Kirin 990 5G. Sama ada 5G wujud atau tidak, itu satu lagi pilihan lain. Prestasi kamera Honor 30 juga pasti menghampiri Huawei P40, tetapi tanpa jenama Leica padanya. Apakah pula jenis skrin yang menjadi pilihan Honor 30 kali ini?

Semoga Honor dapat mengekalkan harga rendah untuk peranti flagship baru mereka ini. Ketiadaan Google di dalamnya kelihatan masih kekal memandangkan Amerika Syarikat masih tidak membenarkan Huawei berurusniaga di sana. Tetapi AppGallery sudah memiliki banyak aplikasi penting yang diperlukan, mungkin ini sudah cukup untuk kita berlepas diri dari cengkaman Google.

Sumber: GSMArena, Playfuldroid

Tags: honorHonor 30
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Siri Honor 30 akan tiba pada 15 April, tanpa modul kamera besar

Siri Honor 30 akan tiba pada 15 April, tanpa modul kamera besar

1 April 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER