Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Siri OnePlus 8 tiba pada 14 April dengan konsep pantas dan lancar

OnePlus akhirnya memecahkan berita apabila mengumumkan akan melancarkan siri terbaru telefon pintar mereka, OnePlus 8 pada pertengahan bulan ini, 14 April 2020. Seperit mana acara pelancaran lain baru-baru ini, OnePlus 8 juga akan dilancarkan atas talian sahaja, tanpa dihadiri orang ramai bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Pelancaran siri OnePlus 8 pada 14 April, akan bermula pada pukul 11 pagi waktu New York, bersamaan dengan pukul 11 malam waktu Malaysia. Orang ramai yang bemrinat menontonnya secara langsung boleh berbuat demikian menerusi laman web OnePlus dan saluran YouTube OnePlus.

Bersama pengumuman ini, OnePlus turut berkongsi video ringkas yang memaparkan sedikit rupanya, tetapi tidak banyak yang boleh diperkatakan. Dapat dilihat antaranya bahagian atas telefon yang tidak bertakuk dan sisi telefon yang mengekalkan butang ikonik OnePlus, digunakan untuk mengaktifkan mod diam.

Selain itu, OnePlus sebenarnya sebelum ini telah pun mendedahkan sedikit demi sedikit beberapa perkara berkaitan OnePlus. Antaranya ialah skrin 120Hz Fluid Display, sokongan rangkaian 5G pada semua model, serta prestasi tinggi menggunakan cip Snapdragon 865, RAM LPDDR5 dan storan jenis UFS 3.0. Pantas dan lancar sudah lama menjadi moto OnePlus dan ia dijangka akan diteruskan di dalam OnePlus 8.

Rupa OnePlus 8 telah terbocor di alam maya sebelum ini, antaranya dari laman web WinFuture. Terdapat dua model yang akan dilancarkan iaitu OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Skrinnya menggunakan konsep lubang untuk meletakkan kamera hadapan, manakala kamera belakang disusun sebaris menegak.

Dikatakan OnePlus 8 akan menggunakan skrin HD Penuh 90Hz dengan tiga kamera belakang manakala OnePlus 8 Pro pula dilengkapi skrin Quad HD 120Hz dan empat kamera belakang. Kedua-duanya dikuasakan oleh cip Snapdragon 865 tetapi hanya versi Pro menggunakan RAM LPDDR5 manakala versi bukan Pro dengan RAM LPDDR4X.

BACA  Display 1A, penawaran baharu daripada pengeluar telefon Redmi

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak perkara mengenai OnePlus 8 dalam masa beberapa hari ini tetapi maklumat lebih tepat akan diumumkan semasa pelancarannya pada 14 April 2020. Jika berminat menonton siaran langsung, jangan lupa ke laman web OnePlus atau YouTube kelak. Pukul 11 malam waktu Malaysia pada 14 April 2020.

Sumber: OnePlus