Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Semua telefon OnePlus 8 akan ada sokongan 5G

Selepas OnePlus 7 Pro, OnePlus mengesahkan bahawa siri OnePlus 8 yang akan datang berupaya untuk disambungkan ke rangkaian 5G. Ia merupakan pelaburan jangka masa panjang untuk menghasilkan lebih banyak peranti generasi baharu.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama OnePlus, Pete Lau menerusi temubual eksklusifnya bersama CNET.

Katanya, “Masa depan rangkaian sedang menuju ke 5G. ia adalah satu peluang yang OnePlus mahu manfaatkan dalam perkembangan peranti. Saya mahu menyatakan semula komitmen kami kepada 5G dan OnePlus telah melabur dalam 5G selama beberapa tahun. Ia merupakan hala tuju untuk masa akan datang,”ujarnya lagi.

Pada Oktober 2019, OnePlus melancarkan telefon 5G pertama, OnePlus 7 Pro. Ia adalah salah satu daripada dua telefon 5G yang kini ditawarkan oleh jenama berkenaan, bersama edisi McLaren khas OnePlus 7T Pro.

OnePlus dijangka bakal melancarkan telefon generasi akan datang pada bulan April 2020, walaupun tarikh rasmi belum disahkan.

Pete turut menjelaskan, “Teknologi baharu menelan kos yang tinggi untuk dibangunkan dan ini mempengaruhi harga akhir untuk peranti. Bagaimanapun OnePlus sentiasa mempunyai kedudukan dalam mewujudkan produk terbaik pada harga berbaloi.”

Tahun ini kenaikan model flagship baharu dijual dengan harga lebih mahal berbanding tahun sebelumnya. Ramai menjangkakan OnePlus akan menaikkan harga peranti terbaharu mereka mencecah USD 1,000 tetapi Pete menjelaskan ia tidak akan semahal itu.

Pihaknya akan menghasilkan versi Pro sebagai telefon yang premium dan lebih mahal manakala OnePlus 8 biasa dengan spesifikasi yang lebih sederhana ditawarkan pada harga berpatutan.

Setakat ini OnePlus tidak mengesahkan bahawa mereka akan menghentikan terus penghasilan telefon rangkaian 4G sahaja. Jadi adakah mereka masih mengekalkannya untuk versi lite?

BACA  Hanya dua model Vivo X50 akan dibawa ke Malaysia

Apa-apa pun dengan transformasi rangkaian 5G, telefon sendiri pun perlu ke arah itu kan. Rasa-rasa OnePlus akan tawarkan telefon dengan 5G bawah RM 1,000 tak?

Sumber: CNET