Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus 8 Akan Dimumkan Sehari Selepas PKP Dan Inilah Rupanya

Nampak seperti pengeluar telefon China tak menghadapi masalah untuk mengeluarkan telefon baharu dalam situasi COVID-19 ini. Selepas Huawei siri P dan Xiaomi siri Mi 10, OnePlus dijadualkan untuk mengumumkan flagship 2020 mereka, OnePlus 8, pada 15 April 2020.

Kira-kira dua minggu daripada tarikh tersebut, rupa paras OnePlus 8 yang jelas sudah pun dikongsikan di arena web. Ada dua model akan dilancarkan kelak, satu OnePlus 8 Pro dan satu lagi versi “lite” iaitu OnePlus 8.

Maklumat yang boleh diekstrak daripada gambar tersebut adalah seperti tiga warna yang boleh dipilih. Warna hitam dan hijua nampak seperti biasa, tapi warna ketiga ini agak unik kerana gabungkan warna magenta merah dan kuning, yang disusun dalam bentuk gradient.

Kelihatan juga konfigurasi trikamera belakang serta ekakamera depan. Untuk kamera depan, ia menggunakan pendekatan Mi 10 Pro (2020) yang mengenakan lubang kecil di penjuru telefon.

Di bahagian bawah ada jeriji speaker, USB-C, dan slot SIM manakala dahinya ada jeriji speaker ganggang. Tidaklah diketahui sama ada OnePlus 8 ini menyokong stereo speaker.

Masih tiada maklumat rasmi tentang spesifikasi teknikal OnePlus 8. Tapi ada beberapa spekulasi yang bertiup kencang menyatakan OnePlus 8 Pro akan mendukung komponen seperti:

  • Paparan 6.78” QHD+ 120Hz
  • SoC Snapdragon 865
  • RAM LPDDR 5
  • Konfigurasi kuadkamera belakang
  • Pengecasan pantas 30W

Varian yang lebih “ringan” pula, spekulasi spesifikasinya adalah seperti berikut:

  • Paparan 6.55” FHD+ 90Hz
  • SoC Snapdragon 865
  • RAM LPDDR4X
  • Konfigurasi trikamera belakang
  • Bateri 4,000mAh

Sumber: Winfuture

BACA  Data untuk WhatsApp, Microsoft 365 dan Muslim Pro percuma untuk pengguna Celcom sempena puasa dan raya