Pengguna laptop Asus kini memiliki lebih perlindungan apabila Asus mengumumkan perkhidmatan jaminan tambahan, Asus Perfect Warranty untuk laptop keluaran Asus yang terpilih. Jaminan tambahan ini diberikan tanpa caj tambahan, untuk model yang dilancarkan pada tahun 2019 dan 2020, serta dibeli bermula dari 1 Januari 2020.
Secara standard, Asus memberikan jaminan antarabangsa selama 2-tahun kepada laptop keluarannya. Tetapi ia hanya terhad kepada kerosakan yang tidak dibuat oleh pengguna. Dengan Perfect Warranty, laptop Asus menerima jaminan tambahan berupa kerosakan akibat air tertumpah, pusuan elektrik (electric surge), atau terjatuh dan kerosakan yang tidak disengajakan. Jaminan ini termasuk bateri dan pengecas.
Bagaimanapun, Asus akan menanggung 80% dari kos kerosakan sebegini dan pengguna hanya perlu membayar 20% dari jumlah kos, serta membayar penuh upah buruh (labour fee). Jaminan tambahan ini juga hanya diberikan satu kali sahaja, dalam tempoh setahun selepas pembelian, serta dibeli di Malaysia dan Brunei sahaja.
Pengguna yang ingin membuat tuntutan jaminan ini, perlu membawa laptop yang rosak ke pusat khidmat Asus berdaftar bersama bukti pembelian. Pihak Asus akan meneliti bukti pembelian dan mula membaik pulih selepas disahkan.
Syarat dan terma penuh berkenaan Asus Perfect Warranty boleh dirujuk di sini.
Untuk menghubungi pusat khidmat Asus, boleh melayari laman web Asus Malaysia, atau menghubungi Hotline di talian 1300-88-3495 pada hari bekerja, Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang. Senarai pusat khidmat Asus berdaftar pula boleh disemak di sini.
Di bawah ini adalah senarai penuh laptop Asus dan ROG yang menerima jaminan tambahan Perfect Warranty secara percuma:
Siri – Model
- ZenBook Pro Duo – UX581G
- ZenBook Duo – UX481F
- ZenBook Pro – UX580G
- ZenBook Flip – UM431D, UM462D, UX362F
- ZenBook – UX331F, UX333F, UX334F, UX433F, UX434F, UX533F, UX534F
- VivoBook S – K403F, S330F, S431F, S530F, S530U, S531F
- VivoBook Flip – T101H, TP412F
- VivoBook – A412D, A412F, A412U, A420U, A510U, A512D, A512F, A542U
- ASUS Laptop – A407M, A407U, A409F, A411U, A507M, A507U, A509F, E203M, M409B, M409D, M509D, X441B, X441M, X505B, X505Z, X555Q, X570Z
- ROG Mothership – GZ700G
- ROG Chimera – G703G
- ROG Zephyrus S – GX502G, GX502GW, GX531G, GX701G
- ROG Zephyrus M – GU502G
- ROG Zephyrus G – GA502D
- ROG Strix Scar/Hero III – G531G
- ROG Strix Scar III – G731G
- ROG Strix Scar/Hero II – GL504G
- ROG Strix Scar II – GL704G
- TUF Gaming – FX504G, FX505A, FX505D, FX505G, FX705G