• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Candy Crush beri nyawa tanpa had supaya anda duduk rumah

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:52 am
  • 02/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat permainan teka-teki, Candy Crush Saga, anda kini berpeluang untuk menikmati kelebihan nyawa tanpa had yang ditawarkan oleh pembangunnya, King sehingga 5 April 2020.

Tersedia untuk pengguna peranti Android dan iOS, pemberian nyawa tanpa had ini merupakan inisiatif pihak King, yang juga bekerjasama dengan World Health Organisation (WHO), untuk kempen #PlayApartTogether. Selain Candy Crush, terdapat enam lagi aplikasi permainan telefon pintar yang memberikan nyawa tanpa had iaitu:



  • Candy Crush Soda Saga
  • Candy Crush Jelly Saga
  • Candy Crush Friends Saga
  • Farm Heroes Saga
  • Bubble Witch 3 Saga
  • Pet Rescue Saga.

Kempen #PlayApartTogether bertujuan bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan penjarakkan sosial dengan cara bermain permainan video di rumah sepanjang penularan wabak COVID-19.

Menurut Duta WHO untuk Strategi Global, Ray Chambers, dalam keadaan penularan wabak COVID-19 yang mencabar, industri permainan video mempunyai ramai pengikut dan kerjasama ini dapat membantu menyampaikan mesej WHO dalam memerangi pandemik ini.



Menerusi kempen ini, sektor permainan video akan memaparkan mesej, #PlayApartTogether pada permaian mereka. Ia adalah inisiatif untuk memaklumkan dan menggalakkan rangkaian pengguna yang luas supaya mengikuti garis panduan kesihatan penting WHO, termasuk penjarakkan sosial, kebersihan tangan, dan langkah pencegahan untuk menghalang penyebaran virus COVID-19.

We’re at a crucial moment in defining outcomes of this pandemic. Games industry companies have a global audience – we encourage all to #PlayApartTogether. More physical distancing + other measures will help to flatten the curve + save lives. https://t.co/QhX0ssN0lH

— Ray Chambers (@RaymondChambers) March 28, 2020

Terdapat 18 syarikat pembangun permainan video yang turut serta dalam kempen #PlayApartTogether antaranya, Activision Blizzard, Kabam, Snap Games, Amazon Appstore, Maysalward, Twitch, Big Fish Games, Playtika, Unity, Dirtybit, Pocket Gems, Wooga, Glu Mobile, Riot Games, YouTube Gaming, Jam City, SciPlay, dan Zynga.

Siapa yang sebelum ini asyik tak lepas level sampai habis nyawa, bolehlah manfaatkan nyawa tanpa had ini. Pada masa sama, kalau bosan duduk di rumah, boleh main permainan video dalam talian dengan rakan-rakan, dapat juga eratkan hubungan sesama insan.

Sumber: The Verge, Businesswire

Tags: candy crushCOVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025

Candy Crush beri nyawa tanpa had supaya anda duduk rumah

2 April 2020
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER