Selepas menguji servis pandu lalu di dua lokasi AEON iaitu yang ada di Subang Jaya dan Taman Maluri, AEON kini meluaskan cakupan servis itu ke lebih banyak outlet.
Pengguna kini boleh menggunakan perkhidmatan beli-belah secara pandu lalu di 28 outlet AEON seperti berikut:
AEON
- AEON Metro Prima
- AEON Bandar Dato Onn (JB)
- AEON Bandaraya Melaka
- AEON Bukit Mertajam (Penang)
- AEON Cheras Selatan
- AEON Ipoh (Perak)
- AEON Klebang (Perak)
- AEON Nilai
- AEON Rawang
- AEON STYLE Taman Maluri
- AEON Tebrau City (JB)
- AEON Wangsa Maju
AEON Big
- AEON Big Ipoh Falim (Perak)
- AEON Big Alor Setar (Kedah)
- AEON Big Ampang
- AEON Big Batu Pahat (Johor)
- AEON Big Bukit Minyak (Penang)
- Aeon Big Bukit Rimau
- AEON Big Danau Kota (KL)
- AEON Big Kepong
- AEON Big Klang (Kapar)
- AEON Big Kluang (Johor)
- AEON Big Penang Prai
- AEON Big Puchong
- AEON Big Shah Alam (Sek 23)
- AEON BIG Subang Jaya
- AEON Big Tun Hussein Onn (Cheras)
- AEON Big Wangsa Maju
Untuk mula berbeli belah sangat mudah. Imbas saja kod QR dalam iklan di atas ataupun pergi ke https://bit.ly/AEONDriveThru. Kemudian, pilih lokasi AEON tempat anda ingin lakukan pick-up tempahan dan mulakan memilih barang.
Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum berurusan melalui cara ini iaitu:
- Hanya barang yang disenaraikan dalam website tersebut saja dijual dan sebarang permintaan untuk mendapatkan produk yang tak tersenarai tidak akan dilayan.
- Tempahan perlu dibuat 24 jam sebelum waktu pick-up yang anda pilih.
- Tiada pembayaran tunai diterima dan anda boleh bayar gunakan kad debit/kredit ataupun baucar.
- Perkhidmatan ini hanya ditawarkan sehingga 14 April 2020.
Layari maklumat laman rasmi AEON untuk maklumat lanjut.