• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peniaga ditahan kerana menjual topeng muka lebih dari RM1.50 sekeping

  • OLEH Najib
  • 3:03 pm
  • 04/04/2020
  • Komen
Peniaga ditahan kerana menjual topeng muka lebih dari RM1.50 sekeping
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah menetapkan harga siling bagi topeng muka 3-lapisan pada RM1.50 sekeping bermula 1 April 2020. Sesiapa yang didapati menjual lebih dari ini, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Perkara ini telah dirasai oleh seorang peniaga dalam talian apabila beliau ditahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kerana menjual topeng muka melebihi harga siling. Selain itu, 3,450 unit topeng muka miliknya turut dirampas dalam serbuan di Sungai Petani.



Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak berkata, topeng muka tersebut dirampas setelah serbuan dibuat berikutan maklumat orang awam mengenai penjualan harga topeng muka melebihi harga maksimum. Dianggarkan topeng muka tersebut bernilai RM6,900.

Siasatan mendapati, penjual tersebut menggunakan taktik jualan menerusi Facebook dan WhatsAppp bagi mengiklankan produk jualannya, iaitu topeng muka pada harga RM2.50. Pesanan akan dihantar melalui kiriman pos. Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan untuk diambil keterangan.



“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Peniaga yang menaikkan harga semua jenis topeng muka boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000. Manakala, syarikat yang sabit kesalahan pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.” tambah beliau.

Sumber: KPDNHEP

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana barang kawalan melebihi harga siling, disaran menyalurkan maklumat mengenainya menerusi KPDNHEP Hotline 1-800-886-800 atau mana-mana saluran perhubungan KPDNHEP.

Sumber: Sinar Harian

Tags: COVID-19KPDNHEP
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Peniaga ditahan kerana menjual topeng muka lebih dari RM1.50 sekeping

Peniaga ditahan kerana menjual topeng muka lebih dari RM1.50 sekeping

4 April 2020
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN