• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV Samsung The Sero boleh menegak dan melintang seperti telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 4:26 pm
  • 04/04/2020
  • Komen
TV Samsung The Sero boleh menegak dan melintang seperti telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia baru-baru ini mengumumkan siri baru barisan TV mereka, akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. TV baru ini disasarkan untuk golongan Milennial dan Gen Z, menggabungkan rekaan moden dan berbeza dari kebiasaan. Barisan TV ini dinamakan: The Sero, The Serif dan The Frame.

Ketua Bahagian Pengguna Elektronik Samsung Malaysia, Jimmay Tan berkata, “TV tradisional memberi fokus kepada fungsi dan teknikal, seperti kualiti gambar dan prestasi. Tetapi TV masakini turut menjadi platform gaya hidup yang bersebati dengan kehidupan pengguna seharian. Kami tidak sabar menyaksikan The Sero, The Serif dan The Frame memberikan perkhidmatan digital terkini dan mencipta rekaan baru untuk meningkatkan pengalaman pengguna di Malaysia.”



The Sero

Maksud “Sero” di dalam Bahasa Korea ialah menegak. TV ini memiliki keupayaan untuk menukar paparan dari melintang kepada menegak, seperti telefon dan tablet. Ini membolehkan pengguna menghubungkan TV bersama telefon pintar dengan lancar dan kelihatan asli, tidak kira dalam format melintang atau menegak. Apatah lagi dalam dunia sosial masa kini, kandungan yang dihasilkan tidak lagi terhad pada paparan melintang, tetapi sudah banyak menegak seperti di Instagram, WhatsApp termasuk juga YouTube.

Teknologi paparan terkini Samsung QLED bersama Quantum Dot terdapat di dalam The Sero. Ia juga menampilkan pelbagai pilihan paparan semasa digunakan mahupun tidak digunakan. Ia juga datang dengan pelbagai sambungan hiburan di rumah bagi memenuhi keperluan dan kebiasaan pengguna yang semakin banyak beralih ke tontonan mudah alih.



The Serif

The Serif pula dihasilkan dengan kerjasama pereka Paris bersaudara yang terkenal, Ronan & Erwan Bouroullec. Ia menampilkan rekaan yang telah memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa. Model terbaru 2019 ini didatangkan dengan teknologi QLED terkini bersama fungsi-fungsi yang memaparkan pelbagi maklumat berguna seperti cuaca, tajuk berita dan masa.

The Frame

The Frame adalah TV dan bingkai gambar. Mod Art padanya memaparkan pelbagai hasil seni digital dari lebih 1,200 koleksi dari pelukis seni terunggul, menjadikannya ibarat sebuah muzium seni. Fungsi canggih di dalamya membolehkan ia menganalisa kadar kecerahan bilik dan menyesuaikan tahap kecerahan dan kontras TV. TV ini juga boleh berfungsi bersama pelbagai pembantu suara digital seperti Bixby, Amazon Alexa dan Google Asistant, menjadikannya sebuah TV yang benar-benar pintar.

Nantikan pengumuman seterusnya dari Samsung Malaysia tentang tarikh ketibaan ketiga-tiga model TV ini tidak lama lagi.

Tags: samsungSamsung The FrameSamsung The SerifTV pintar
Najib

Najib

POPULAR

TV Samsung The Sero boleh menegak dan melintang seperti telefon pintar

TV Samsung The Sero boleh menegak dan melintang seperti telefon pintar

4 April 2020
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN