• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna baru Oppo A91 dilancar 6 April dengan diskaun RM100 dan hadiah percuma

  • OLEH Najib
  • 9:34 pm
  • 05/04/2020
  • Komen
Warna baru Oppo A91 dilancar 6 April dengan diskaun RM100 dan hadiah percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan, Oppo A91 di Malaysia bulan lepas. Bagaimanapun hanya satu warna diperkenalkan, iaitu warna hitam. Satu lagi warna baru Oppo A91 akan datang pada 6 April, dengan diskaun dan hadiah percuma pada jualan hari pertamanya.

Harga jualan rasmi Oppo A91 di Malaysia adalah RM999. Pada 6 April, warna baru Oppo A91 iaitu putih boleh dibeli dengan diskaun RM100 iaitu RM899, serta hadiah percuma beg Oppo, eksklusif hanya di Shopee.



Oppo juga akan mengadakan satu acara siaran langsung, buka kotak Oppo A91 putih pada pukul 3 petang bersama Adam Lobo. Orang ramai yang menonton siaran langsung ini, berpeluang memenangi baucer Shopee bernilai RM100.

Warna putih Oppo A91 ini bukan warna putih biasa. Ia memancarkan warna warni seperti pelangi apabila dipandang pada sudut tertentu. Menarik bagi yang gemarkan warna-warni unik di telefon pintar mereka.



Dengan harga di bawah RM1,000, kelebihan Oppo A91 berbanding yang lain di dalam kelasnya adalah skrin AMOLED HD Penuh 6.4-inci bertakuk, bersama pengimbas capjari terbina di dalam skrin. Ia dikuasakan pemproses MediaTek Helio P70, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya berkapasiti 4,025mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 30W melalui USB-C.

Empat kamera di belakangnya ialah kamera utama 48MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.25, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera mono 2MP F2.4. Kamera hadapan yang terletak di dalam takuk pula ialah kamera 16MP F2.0.

Oppo A91 dilihat seperti naik taraf dari Oppo A9 2020. Tetapi A91 memiliki bateri lebih kecil di samping tiada speaker stereo.

Jangan lupa ke Facebook Oppo Malaysia pada 6 April, pukul 3 petang untuk peluang memenangi baucer Shopee RM100, di samping membeli Oppo A91 berwarna putih dengan diskaun RM100 dan hadiah percuma.

Tags: oppoOppo A91
Najib

Najib

POPULAR

Warna baru Oppo A91 dilancar 6 April dengan diskaun RM100 dan hadiah percuma

Warna baru Oppo A91 dilancar 6 April dengan diskaun RM100 dan hadiah percuma

5 April 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN