• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Kedai hardware dan binatang peliharaan antara yang boleh dibuka 2 hari seminggu

  • OLEH Najib
  • 8:56 am
  • 06/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bila lama duduk di rumah, pasti banyak perkara mahu dilakukan seperti membaiki paip, sinki, lampu, dapur dan banyak lagi. Tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awalnya, melarang pembukaan premis perniagaan yang bukan keperluan utama, mengakibatkan banyak kedai seperti kedai perkakas tidak dibuka.

Tetapi untuk fasa kedua PKP yang bermula dari 1 April, pelbagai kedai lain dibenarkan untuk beroperasi selama 2 hari seminggu. Perkara ini disenaraikan di dalam ruangan soalan lazim (FAQ) Majlis Keselamatan Negara.



Di dalam muka surat terakhir, antara perniagaan yang dibenarkan beroperasi ini adalah kedai menjual baja & racun, kedai perkakas (hardware), kedai haiwan makanan peliharaan dan alat tukar ganti.

Beberapa pihak berkuasa tempatan telah membuat pengumuman berkaitan peraturan baharu ini. Antaranya ialah Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Bandaraya Shah Alam. Kedai-kedai yang dinyatakan tadi, dibenarkan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang sahaja.



Di Perak, kerajaan negeri turut mengumumkan perkara yang sama, memberi kebenaran untuk kedai yang dibenarkan beroperasi untuk dibuka pada hari Isnin dan Khamis, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Berbeza pula dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai, waktu operasi yang dibenarkan lebih singkat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 2 petang sahaja.

Buat masa ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dilihat masih belum membuat pengumuman berkenaan peraturan baru ini.

Selain dari kebenaran di atas, semua kedai makan, kedai runcit, supermarket serta stesen petrol, dibenarkan untuk beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja. Perkhidmatan teksi dan e-hailing pula, hanya boleh beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.

Sumber: MKN

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025

PKP: Kedai hardware dan binatang peliharaan antara yang boleh dibuka 2 hari seminggu

6 April 2020
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER