Sungguhpun inisiatif PKP telah menunjukkan kesan positif terhadap lengkungan jangkitan, Malaysia masih terdedah kepada penularan COVID-19 daripada luar, terutamanya oleh warganegara yang tiba dari luar negara. Itulah kekesalan yang dizahirkan KKM selepas mereka mengesan satu kluster baru yang diklasifikasikan sebagai kes import.
Terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali (kes 1,580).
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
Setakat ini, 37 orang disahkan positif daripada kluster itu termasuk 5 kematian (kes 1031, 1032, 1006, 2850 dan 2210) serta satu kes kritikal yg memerlukan bantuan pernafasan.
“Patient Zero” kepada kluster adalah daripada ke-1,580. Di miliki sejarah ke negara Itali. Daripadanya, KKM mengaitkan 37 jangkitan kepada kluster tersebut daripada julmah itu, 5 kematian dicatatkan iaitu kes-1031,1032,1006,2850, dan 2210. Lebih parah, ada sat ukes di tahap kritikal.
Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga di Kuching, Sarawak.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
Setakat 5 April (12pm), 180 negara telah terjejas akibat COVID-19 dan sememangnya ada risiko kes import menular di negara ini.
Justeru, amat penting masyarakat JUJUR beri maklumat jika:
Oleh sebab itu, KKM sangat mementingkan kejujuran dalam berkongsi maklumat, lebih-lebih lagi untuk mengekang penularan kes import. Ia disebabkan setakat ini, 180 negara sudahpun terjejas dan risiko kes import kian meningkat.
Maka, KKM menggariskan tiga perkara berikut yang perlu dikongsikan suspek kepada pihak mereka, bukan saja untuk membantu suspek sendiri, tetapi orang lain.
- Ada kontak rapat dengan kes positif COVID-19
- Ada sejarah perjalanan ke luar negara atau,
- Ada sejarah menghadiri perhimpunan yang diumumkan KKM ada kaitan dengan penularan COVID-19 di Malaysia.
1. Mempunyai kontak rapat dgn kes positif COVID-19.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
2. Sejarah perjalanan ke luar negara atau
3. Kehadiran ke perhimpunan yang telah diumumkan KKM sebagai berkait rapat dgn penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. – Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham
Berdasarkan thread Twitter yang serupa, kes-1,580 ini adalah seorang pekerja bank RHB Islamic Satok yang tidak melakukan kuarantin kendiri wajib selepas pulang dari Itali kerana ujian COVID-19 didapati negatif.
Dia dilapor pergi kerja pada hari ke-3 kepulangannya dan hasilnya, 5 ahli keluarga, tak diketahui sama ada keluarga kes-1,580 ataupun tidak, meninggal dunia.
Allahu. 5 orang ahli keluarga meninggal sebab kluster Itali ni. Salam takziah buat keluarga mangsa. ?
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) April 5, 2020
Mereka yang ada sejarah perjalanan ke luar negara & kontak rapat dengan kes positif COVID-19 kena jujur.
Jangan disebabkan anda ‘selfish’, orang lain yang jadi mangsa. pic.twitter.com/HSLV87sAob
Sumber: MalayMail