• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Banyak komik Marvel seperti Avengers dan Spider Man boleh dibaca percuma di Marvel Unlimited

  • OLEH Najib
  • 12:13 pm
  • 07/04/2020
  • Komen
Banyak komik Marvel seperti Avengers dan Spider Man boleh dibaca percuma di Marvel Unlimited
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak filem-filem Marvel muncul di layar perak, lebih ramai yang mengenali watak-watak adiwira yang berasal dari komik ini. Kini orang ramai boleh membaca lebih banyak komik baru dan klasik Marvel secara percuma semasa duduk di rumah.

Marvel baru-baru ini mengumumkan telah membuka akses komik digital mereka, Marvel Unlimited secara percuma kepada semua. Tawaran ini diberikan dari 2 April hingga 4 Mei 2020.



Aplikasi Marvel Unlimited boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Pelbagai komik Marvel boleh dibaca secara percuma di sini, antaranya Avengers, Spider Man, Fantastic Four, Black Panther dan banyak lagi.

Untuk membacanya secara percuma, tiada pendaftaran perlu dibuat. Hanya muat turun aplikasi Marvel Unlimited dan tekan pada “Free Comics“. Kemudian pilih tajuk yang ingin dibaca.



Judul komik yang boleh diakses secara percuma dalam tempoh ini ialah:

  • AVENGERS VS. X-MEN
  • CIVIL WAR
  • AMAZING SPIDER-MAN: RED GOBLIN
  • BLACK PANTHER BY TA-NEHISI COATES VOL. 1
  • THANOS WINS BY DONNY CATES
  • X-MEN MILESTONES: DARK PHOENIX SAGA
  • AVENGERS: KREE/SKRULL WAR
  • AVENGERS BY JASON AARON VOL. 1: THE FINAL HOST
  • FANTASTIC FOUR VOL. 1: FOUREVER
  • BLACK WIDOW VOL. 1: S.H.I.E.L.D.’S MOST WANTED
  • CAPTAIN AMERICA: WINTER SOLDIER ULTIMATE
  • CAPTAIN MARVEL VOL. 1: HIGHER, FURTHER, FASTER, MORE

Jika anda berminat untuk membaca lebih banyak komik Marvel yang lain, anda boleh melanggannya dari USD9.99 sebulan. Ia memberikan anda akses kepada 27,000 komik Marvel di dalamnya. Marvel juga mengatakan, isu baru akan ditambah setiap minggu. Tetapi versi digital keluar lebih lewat dari versi fizikal, sekitar 6 bulan lambat.

Sumber: The Verge, Marvel

Tags: AvengersMARVELPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Banyak komik Marvel seperti Avengers dan Spider Man boleh dibaca percuma di Marvel Unlimited

Banyak komik Marvel seperti Avengers dan Spider Man boleh dibaca percuma di Marvel Unlimited

7 April 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN