• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guna pencetak 3D, dua kakitangan Intel hasilkan hampir 500 pelindung muka

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:09 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
Guna pencetak 3D, dua kakitangan Intel hasilkan hampir 500 pelindung muka
Share on FacebookShare on Twitter

Intel Malaysia mengambil bahagian dalam usaha untuk membantu petugas barisan hadapan menentang wabak COVID-19, dengan mereka dan menghasilkan pelindung muka menggunakan pencetak 3D.

Usaha berkenaan dilaksanakan oleh dua kakitangan Intel, pengurus tapak, Loh Wei Keat dan pengurus aplikasi medan Intel, David Ting, yang menggunakan pencetak 3D mereka sendiri untuk menghasilkan 40 hingga 50 perisai pelindungan muka setiap hari.



Wei Kiat berkata, dia hanya beroperasi dari rumah dan menghasilkan pelindung muka dengan rekaan yang diperoleh menerusi perkongsian maklumat daripada komuniti pereka tempatan.  

Setiap rekaan mengambil masa antara 22 minit hingga satu jam untuk disiapkan. Ia mempunyai kelebihan sendiri berbanding perisai pelindungan (PPE) sedia ada. Bingkai pelindung muka rekaan Intel boleh disteril dan boleh digunakan semula, ia lebih murah serta mudah digunakan.



Setakat ini, kedua-dua kakitangan Intel berkenan telah menyerahkan hampir 500 unit pelindung muka kepada pertubuhan sains bukan berasaskan keuntungan, Penang Science Cluster (PSC). Pertubuhan ini akan mengagihkan PPE tersebut kepada petugas barisan hadapan.

Kedua-dua mereka juga pada masa sama, akan menambah baik rekaan pelindung muka tersebut dari masa ke semasa. Buat masa ini mereka menunggu maklum balas daripada golongan doktor dan pasukan perubatan berhubung rekaan pertama itu.

Terdahulu, Intel juga telah menderma lebih RM2 juta bagi tujuan membeli kit ujian, ventilator, monitor pesakit dan pembersih udara untuk hospital awam di Pulau Pinang dan Kedah menerusi program #MYAMCHAMCares oleh Dewan Perniagaan Amerika Malaysia.

Sebahagian daripada dana berkenaan turut disalurkan kepada PSC. Ia bertujuan bagi membolehkan penghasilan lebih banyak acuan, untuk pembuatan 2,000 pelindung muka dalam sehari. Alat PPE ini akan diberikan secara percuma kepada enam hospital awam dan 40 klinik perubatan di Pulau Pinang serta negeri-negeri utara yang lain.

Tags: COVID-19Intel
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Guna pencetak 3D, dua kakitangan Intel hasilkan hampir 500 pelindung muka

Guna pencetak 3D, dua kakitangan Intel hasilkan hampir 500 pelindung muka

8 April 2020
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER