• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google mahu pengeluar menampal ‘akses mudah ke app google’ di telefon baru

  • OLEH Najib
  • 6:01 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
Ini Bukti Mengapa Galaxy A71 & A51 Sesuai Untuk Semua Golongan
Share on FacebookShare on Twitter

Menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Google bukanlah satu masalah di luar China, sehinggalah Amerika Syarikat memutuskan untuk menyekat Huawei dari berurusniaga di negara mereka. Perkara ini memberi kesan kepada Google kerana mereka tidak lagi dapat meluluskan penggunaan perkhidmatan Google di peranti terbaru keluaran Huawei.

Baru-baru ini, Google dilaporkan mahu mewajibkan pengeluar telefon pintar Android untuk menyatakan “easy access” atau akses mudah ke aplikasi keluaran mereka pada telefon pintar baru. XDA-Developers menyatakan, set Eropah Xiaomi Mi 10 yang baru dilancarkan, memiliki perkataan yang tidak pernah ada sebelum ini. Ia tertulis, “with easy access to the Google apps you use most” atau akses mudah ke aplikasi Google yang sering anda gunakan.



Dapat dirasakan perkara ini berkait rapat dengan Huawei. Ini kerana Huawei sedang giat memasarkan produk mereka menggunakan Huawei Mobile Services (HMS), bagi menyaingi perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) yang tidak lagi boleh Huawei gunakan. Jika pengaruh Huawei semakin meluas, ia pasti menjejaskan sumber pendapatan Google kerana orang ramai tidak lagi perlu bergantung kepada perkhidmatan dan aplikasi Google.

Beberapa peminat Xiaomi merasakan perkara ini sebagai tidak adil kerana tuduhan terhadap Huawei adalah berat sebelah. Menjawab kepada persoalan ini, Xiaomi menyatakan bahawa teks baru ini adalah satu perkara baru yang akan diwajibkan Google pada rakan pengeluar Android tidak lama lagi.



Tambah Xiaomi lagi, perkara ini sama seperti “Powered by Android” di skrin semasa menghidupkan telefon, perkara yang telah lama diwajibkan Google di peranti yang menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Google.

Mengapa perkara ini tidak kelihatan di peranti baru Samsung Galaxy S20? Menurut Xiaomi, mereka adalah pengeluar pertama yang telah tamat kontrak dan menjadi pengeluar terawal dalam perjanjian kontrak baru, yang memerlukan mereka meletakkan perkataan tersebut. Jika benar, bermakna kita akan dapat melihat pengeluar lain meletakkan perkataan yang sama di kotak telefon pintar mereka. Mungkin akan ada di OnePlus 8 yang akan dilancarkan minggu hadapan.

Buat masa ini, Google masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini manakala media China melaporkan, Vivo turut mengakui bahawa mereka juga memiliki perjanjian yang sama seperti Xiaomi.

Sumber: 9to5google, XDA Developers

Tags: androidGooglexiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Ini Bukti Mengapa Galaxy A71 & A51 Sesuai Untuk Semua Golongan

Google mahu pengeluar menampal ‘akses mudah ke app google’ di telefon baru

8 April 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN