• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orang ramai digesa melapor ke KPDNHEP jika ada kenaikan harga barang kawalan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:02 pm
  • 14/04/2020
  • Komen
Orang ramai digesa melapor ke KPDNHEP jika ada kenaikan harga barang kawalan
Share on FacebookShare on Twitter

Skim Harga Maksimum akan dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, bagi membendung kenaikan harga barang oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Skim Kawalan Harga biasanya dilaksanakan semasa musim perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas. Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) akan melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan khas bagi memastikan bekalan 25 barangan, yang menjadi pilihan utama pengguna mencukupi dan mematuhi paras harga yang ditetapkan.

Antara barang yang tersenarai di bawah Skim ini adalah:



  • Ayam hidup dan segar
  • Bawang putih
  • Ubi kentang import
  • Kubis bulat import
  • Cili Merah
  • Tomato
  • Telur ayam (gred A, B, C)
  • Ikan bawal putih
  • Udang putih besar

Contoh senarai harga (semasa pelaksanaan ketika Tahun Baru Cina) boleh dirujuk di sini.

Kegagalan mematuhi pelaksanaan Skim Kawalan Harga boleh dikenakan hukuman seperti berikut:

Sementara itu, hasil daripada 1,205 pemeriksaan melibatkan peruncit, pemborong dan pengilang oleh KPDNHEP pada 11 April 2020 mendapati, bekalan hampir semua barang keperluan asas mencukupi dan berada pada tahap stabil termasuk topeng muka dan cecair pencuci tangan. Sehinga kini, KPDNHEP juga telah menerima sebanyak 8,145 aduan dan pertanyaan berkaitan bekalan dan harga barangan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan turut mengesahkan bahawa bekalan barangan basah dan kering terutama beras lebih daripada mencukupi.

Terdahulu, kerajaan turut melaksanakan kawalan harga untuk topeng muka tiga lapis (perubatan) penutup hidung dan mulut, kepada harga runcit maksimum RM1.50 seunit berkuatkuasa 1 April 2020. Walau bagaimanapun, setakat ini harga siling pensanitasi tangan masih belum ditetapkan dan kerajaan akan berbincang dengan KPDNHEP jika ada keperluan.

Jika ada lagi peniaga yang ambil kesempatan menaikkan harga barangan semasa PKP, sila laporkan kepada KPDNHEP. Kerajaan dah beritahu bekalan makanan mencukupi, jangan ada pula yang masih lakukan pembelian panik.

Sumber: Berita Harian, KPDNHEP

Tags: KPDNHEPPerintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Orang ramai digesa melapor ke KPDNHEP jika ada kenaikan harga barang kawalan

Orang ramai digesa melapor ke KPDNHEP jika ada kenaikan harga barang kawalan

14 April 2020
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN