• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi kompaun, pesalah akan terus dihadap ke mahkamah jika ingkar PKP

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:19 pm
  • 14/04/2020
  • Komen
409 lokasi dijadikan Stesen Kuarantin COVID-19 bagi tempatkan lebih banyak pesakit
Share on FacebookShare on Twitter

Denda kompaun RM 1,000, bukan lagi menjadi tindakan utama bagi mereka yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula 15 April 2020.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepanjang PKP 3, mereka yang didapati sengaja melanggar arahan, akan terus direman dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah. Pihak polis juga diberi kuasa budi bicara untuk menentukan seseorang itu perlu dibawa ke mahkamah atau sebaliknya.



Mereka yang didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman mengikut seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Akta ini memperuntukkan hukuman:

  • Kesalahan pertama: penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya
  • Kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya: penjara tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya
  • Kesalahan yang berterusan: didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan

Tindakan tegas itu dilakukan, berikutan peningkatan kes dan kadar kenderaan di jalan raya sepanjang PKP dilaksanakan. Setakat ini, seramai 9,999 individu telah ditahan dan 4,036 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak polis. Seramai 427 individu juga telah dituduh di mahkamah, atas kesalahan mengingkari PKP.



Pada 13 April 2020, polis telah menahan seramai 1,471 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. 949 orang daripadanya telah dikenakan kompaun, 503 individu direman dan selebihnya dilepaskan dengan jaminan polis.

PDRM dan ATM pada tarikh sama telah mengadakan 784 sekatan jalan raya di seluruh negara. Sebanyak 358,593 kenderaan juga telah diperiksa dan pihak berkuasa telah melaksanakan 35,825 pemeriksaan mengejut meliputi 5,275 premis di seluruh negara.

Jika kita masih ingkar dengan arahan PKP, tidak mustahil undang-undang akan lebih diperketatkan, untuk memastikan matlamatnya tercapai. Jangan kerana sikap sambil lewa, rantaian COVID-19 akan terus berkembang sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Sumber : MKN, Astro Awani, Berita Harian, Jabatan Peguam Negara

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
409 lokasi dijadikan Stesen Kuarantin COVID-19 bagi tempatkan lebih banyak pesakit

Tiada lagi kompaun, pesalah akan terus dihadap ke mahkamah jika ingkar PKP

14 April 2020

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER