• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Udara di Malaysia tahun ini lebih segar berbanding 2019

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:19 pm
  • 16/04/2020
  • Komen
PKP: Udara di Malaysia tahun ini lebih segar berbanding 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia secara tidak langsung telah memberi kesan positif terhadap penurunan kadar pencemaran udara di negara ini.

Hal ini didedahkan oleh organisasi sosial, Think City, yang merujuk kepada laporan perbezaan kadar gas nitrogen dioksida di ruang udara terutama pada 18 April 2020 dan tarikh sama tahun lepas.



Menurut pengarahnya, Matt Benson, laporan dari data spektrometri satelit itu, menunjukkan penurunan mendadak kadar gas berkenaan terutama di Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Penurunan kadar bahan cemar itu merupakan kesan daripada kurangnya aktiviti pelepasan gas tersebut susulan pelaksanaan PKP.

Pelepasan asap kenderaan menyumbang kepada 80 peratus kadar gas yang terhasil daripada pembakaran bahan bakar (arang, petrol dan gas) itu di ruang udara, selain kilang. Kesan menghidu gas ini boleh menyebabkan masalah pernafasan dan batuk.



During this MCO, our cities are changing in ways we hadn't thought possible. Our map of changes in nitrogen dioxide shows reduced vehicle emissions, especially along the west coast of Peninsular Malaysia where 20 million people reside.https://t.co/wuvYrbpb1m#COVID19Malaysia pic.twitter.com/JKfDpsldbf

— Think City (@mythinkcity) April 16, 2020

Keadaan sama juga berlaku di China, Eropah dan Amerika Syarikat, yang turut melaksanakan sekatan pergerakan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Sementara itu, Ketua analisis Think City, Ceelia Leong, turut memberitahu, dia dan pasukannya sedang mengusahakan pemetaan Pemulihan Komuniti COVID-19, untuk mengenalpasti lokasi yang memerlukan bantuan tambahan seperti kesihatan awam, ekonomi dan kebajikan sosial. Peta berkenaan boleh dilihat di laman web Think City.

Peta di bawah merupakan salah satu data tahap tekanan ekonomi penduduk di Malaysia dalam tempoh penularan wabak COVID-19, yang disediakan oleh Think City.

Data dari pemetaan ini akan membantu untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkaitan. Ia juga dapat memudahkan sumbangan disalurkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan, terutama dalam pandemik COVID-19. Ia akan dimuat naik ke platform media sosial Think City (Facebook, Twitter, Instagram) bersama data penemuan lain.

Kurangnya pencemaran memberikan kita udara yang lebih segar setiap hari. Kalau PKP berpanjangan, mungkin udara di Kuala Lumpur juga akan mengingatkan kita kepada desa tercinta.

Sumber: Think City, Malay Mail

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
PKP: Udara di Malaysia tahun ini lebih segar berbanding 2019

PKP: Udara di Malaysia tahun ini lebih segar berbanding 2019

16 April 2020
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER