Ahli kedua keluarga Realme 6 telah dilancarkan pada 16 April 2020. Ia selepas Realme 6 yang hadir dalam pasaran Malaysia pada 22 Mac 2020 dan Realme 6 Pro pula ditunda pelancarannya akibat kawalan pergerakan ini. Daripada sudut hierarki, Realme 6i berada di bawah Realme 6.
Tapi agak rapat tempoh pengenalan Realme 6i dengan Realme 5i kerana model sebelumnya dilancarkan awal tahun 2020.
Berikut adalah harga rasmi Realme 6i di Malaysia:
- RAM 3GB + storan 64GB
- RAM 4GB + storan 128GB
Varian 3GB akan mula dijual, eksklusif di Shopee, bermula 23 April 2020 manakala varian tertinggi akan mula dijual di semua pengedar sah seluruh Malaysia pada 25 April 2020.
Untuk tempoh 24 jam selepas dilancarkan, Realme 6i 3GB + 64GB akan menerima potongan harga RM100 untuk jadikan harga jualannya RM599 sahaja.
Untuk perbandingan Realme 5i dilancarkan dulu pada harga RM599 (4+64) dan itulah satu-satunya varian yang diumumkan walhal di negara luar ada beberapa jenis kombinasi ram dan storan boleh didapati.
Secara asasnya, ia adalah Realme 5i yang telah ditambah baik, khususnya bahagian pengimejan dan cip pemproses.
Daripada luar, Realme 6i ini tak banyak bezanya daripada semua produk Realme yang lain. Mungkin mengekalkan rekaan asas memudahkan tambah baik dilakukan. Lihat sajalah frekuensi produk baru yang mereka lancarkan saban tahun.
Untuk spesifikasi, Realme 6i adalah sebuah telefon berpaparan 6.5” beresolusi HD+. Di bahagian dahinya ada takut berbentuk titisan air untuk tempatkan kamera depan.
Pengimbas cap jari disediakan dibahagian belakang untuk pengecaman biometric dan selain jari, telefon ini juga menyokong pengecaman wajah.
Atas papan utama, ia diperkasa cip Mediatek Helio G80 yang kata pengeluarnya, ini adalah telefon pertama yang menggunakan cip tersebut. Untuk pasaran Malaysia, Realme 6i yang dijual adalah yang miliki RAM 4GB dan storan 64GB. Kalau storan tak cukup luas, ia boleh diperbesar melalui slot khas yang disediakan.
Di bahagian pengimejan, telefon ini mengambil terus konfigurasi Realme 5 Pro. Jadi, anda beroleh kuadkamera belakang yang manggabungkan kamera 48MP, 8MP (ultralebar), 2MP (potret), dan 2MP (makro). Untuk selfie, anda boleh gunakan kamera 16MP. Ini adalah naik taraf yang signifikan berbanding Realme 5i.
Bahagian bateri juga bawakah sedikit kelainan berbanding yang lain. Memang dia ada bateir besar 5,000mAh macam Realme 5i yang asal, tapi ia menyokong pengecasan pantas dan bukannya sistem VOOC. Jadi, anda sepatutnya boleh nikmati pengecasan pantas 18W menggunakan kabel USB-C generic.
Apa pendapat anda tentang telefon ini? Adakah ia berada setaraf dengan Redmi Note 9S, Oppo A5 (2020), Galaxy M31 dan yang seangkatan dengannya?