• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tidak perlu lagi guna Zoom atau Hangout dengan fungsi terbaru WhatsApp ini

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:05 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi permesejan Whatsapp, dilaporkan bakal membolehkan ciri panggilan video secara berkumpulan (sidang video) dilakukan dengan lebih empat orang ahli untuk versi kemaskini terbaharunya.

Perkara itu didedahkan oleh portal WaBetaInfo.com yang menjumpai versi baharu ini dalam kemaskini untuk versi 2.20.128 buat Android dan 2.20.50.23 (IOS).



? WhatsApp beta for Android 2.20.132: what's new?

New improvements for Group Calls about the new limit (under development), and screenshots of the new group call!https://t.co/hAOAQHBl0G

NOTE: The new limit in group calls will be announced in future.

— WABetaInfo (@WABetaInfo) April 20, 2020

Difahamkan pengguna juga hanya boleh membuat sidang video dengan lebih empat orang ahli sekiranya telah mengemaskini aplikasi Whatsapp mereka ke versi baharu. Ia kemungkinan tersedia untuk kedua-dua platform dalam beberapa minggu akan datang.

Sebagai aplikasi permesejan yang paling banyak digunakan, penambahan jumlah ahli dalam sidang video amat dinantikan terutama dalam keadaan dunia yang melaksanakan sekatan pergerakan atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Buat masa ini, aplikasi Zoom dan Google Hangout menjadi pilihan terutama untuk golongan yang bekerja dari rumah, melakukan sidang video berikutan ia boleh dilakukan dengan lebih ramai ahli. Walau bagaimanapun, terdapat laporan tentang kebocoran data kepada pihak ketiga dalam penggunaan aplikasi Zoom.

WaBetaInfo tidak menyatakan berapa ramai ahli yang boleh dimuatkan dalam sidang video Whatsapp kelak. Namun dengan penambahan ahli ini, lebih ramai ahli keluarga atau rakan-rakan dapat dihubungi pada satu masa.

Jika di Whatsapp sudah boleh muatkan ramai ahli dalam sidang video, tak perlulah nak muat turun aplikasi lain. Moga boleh muatkan lebih daripada lapan ahli untuk kemaskini terbaru ini.

Sumber: WABetaInfo

Tags: whatsapp
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp

Tidak perlu lagi guna Zoom atau Hangout dengan fungsi terbaru WhatsApp ini

21 April 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN