• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Belum terima BPN? Daftar baharu atau buat rayuan sekarang

  • OLEH Najib
  • 10:01 am
  • 30/04/2020
  • Komen
Belum terima BPN? Daftar baharu atau buat rayuan sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebagai sokongan wang tunai kepada rakyat B40 dan M40 yang terpaksa duduk di rumah. Bantuan ini diberikan dalam dua peringkat, sebahagian pada April dan sebahagian lagi pada bulan Mei, memberikan sehingga RM1,600 kepada keluarga yang layak.

Bagaimanapun, terdapat sebahagian rakyat yang layak masih belum menerima wang tunai BPN. Ini kerana BPN menggunakan data Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk kategori B40 dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi M40. Mereka ini tidak menerima BPN lagi kerana mereka tidak layak atau tidak disenaraikan di dalam BSH dan LHDN, tetapi sebenarnya layak menurut syarat yang ditetapkan.



Untuk itu, mereka yang layak tetapi belum menerima BPN dinasihatkan untuk membuat permohonan baharu ataupun membuat rayuan menerusi laman web rasmi BPN di bpn.hasil.gov.my.

Tetapi soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan LHDN menjelaskan, permohonan baharu dan rayuan ini hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30 April, iaitu hari ini. Permohonan baru dan rayuan ini juga, jika diluluskan akan menerima bayaran BPN sekaligus pada bulan Mei.



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, sebelum ini memaklumkan lebih RM5.2 bilion bayaran BPN sudah dibuat kepada 7.6 juta penerima dalam fasa pertama agihan bantuan itu. Katanya, RM480 juta sudah dikreditkan ke dalam 1.2 juta akaun penerima BPN membabitkan golongan M40 sehingga 19 April lalu.

Sumber: Berita Harian

Tags: Bantuan Prihatin NasionalCOVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Belum terima BPN? Daftar baharu atau buat rayuan sekarang

Belum terima BPN? Daftar baharu atau buat rayuan sekarang

30 April 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN