Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Bantuan Prihatin Nasional: Semak kelayakan dan cara mendapatkan pemberian tunai BPN di sini

Salah satu perkara yang dikatakan ramai dalam pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin minggu lepas, ialah pemberian wang tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN). BPN memberikan wang tunai kepada isi rumah dengan pendapatan di bawah RM8,000 dalam beberapa kategori.

Perlu diambil perhatian, pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa dengan fasa pertama diberikan pada akhir bulan April dan fasa kedua pada akhir bulan Mei.

Pemberian BPN diberikan buat rakyat di dalam kategori pendapatan 40% terbawah (B40) dan pendapatan 40% di pertengahan (M40). Kategori B40 adalah mereka yang telah berdaftar dengan program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedia ada. Manakala kategori M40 dikenalpasti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berdasarkan cukai pendapatan yang telah dibayar kepada LHDN.

Terdapat 4 jenis kategori pembayaran yang akan dibuat iaitu:

  1. Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah – RM1,600 (1000+600)
  2. Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 – RM1,000 (500+500)
  3. Bujang RM2,000 ke bawah – RM800 (500+300)
  4. Bujang RM2,001 hingga RM4,000 – RM500 (250+250)

Pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 dan bujang berpendapatan di bawah RM2,000, akan menerima bayaran menerusi akaun bank yang telah mereka daftar untuk menerima BSH. Bagi pendapatan isi rumah antara RM4,001 hingga RM8,000, serta bujang berpendapatan di bawah RM2,001 hingga RM4,000, bayaran BPN akan dibuat ke akaun bank mereka yang telah berdaftar dengan LHDN.

Di mana boleh semak status B40 dan M40?

Penerima yang layak menerima BPN boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan
  2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
BACA  Sony Xperia 10 II, pilihan peminat telefon pintar antik akan tiba di Malaysia

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bantuan Sara Hidup dan Kementerian Kewangan Malaysia, bermula 1 April 2020.

Anda layak tetapi tak mendaftar BSH dan cukai pendapatan?

Jika anda tergolong di dalam kategori BSH tetapi tidak pernah mendaftar, atau tidak pernah mendaftar cukai pendapatan di LHDN, anda masih boleh memohon untuk menerima BPN. Permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020, di laman web rasmi LHDN: www.hasil.gov.my

Berhati-hati dengan sebarang penipuan yang cuba mengambil kesempatan menipu orang ramai yang sangat memerlukan bantuan ini. Rujuk pada sumber rasmi seperti laman web LHDN, PMO dan MKN untuk maklumat yang benar dan tepat dan jangan memberikan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga.

Ada persoalan atau nak tahu lebih lagi?

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai BPN, boleh menghubungi Kementerian Kewangan atau LHDN menerusi nombor telefon atau saluran berikut:

Kementerian Kewangan Malaysia

(Waktu operasi: Ahad-Jumaat, 9am-5pm, mulai 29 Mac)
Telefon: 03-8882 9089, 03-8882 9087, 03-8882 9191, 03-8882 4565, 03-8882 4566

(Waktu Operasi: 24 Jam)
EMEL: [email protected] atau [email protected]
TELEGRAM: PRE PRIHATIN
FACEBOOK: Kementerian Kewangan Malaysia

LHDN

(Waktu operasi: Ahad-Jumaat, 9am-5pm, mulai 30 Mac)
TELEFON: 1-800 882 747, 03-8911 1000

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Bacaan Berkaitan