• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP i-Lestari: Tutorial Bergambar Pengeluaran RM500 Daripada Akaun 2

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:20 pm
  • 01/04/2020
  • Komen
KWSP i-Lestari: Tutorial Bergambar Pengeluaran RM500 Daripada Akaun 2
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, laman KWSP sesak teruk dengan trafik pengguna yang ingin memohon i-Lestari. Tapi jangan risau sebab tempoh permohonan dibuka sepanjang bulan ini dan tak perlulah bersengkang mata untuk memebus masuk laman KWSP.

Cara keluarkan RM500/bulan daripada KWSP dibawah program i-Lestari

Buat anda yang masih gagal, relaks dahulu dan cuba lagi beberapa hari kemudian. Sementara itu, anda bolehlah ulang kaji kaedah permohonan e-Lestari seperti yang dikongsikan saudara Haniff Bahar.




Tertib Permohonan i-Lestari

1. Pengeluaran boleh dilakukan di lama www.kwsp.gov.my. Masukkan ID Pengguna seperti yang anda daftarkan di i-Akaun. Kalau tiada, anda boleh dapatkan secara dalam talian melalui APP Android ataupun iOS.

2. Setelah masukkan ID Pengguna, ruang tersebut akan bertukar kepada Kata Laluan. Pastikan gambar Imej Keselamatan adalah sama seperti yang anda gunakan sewaktu mendaftar i-Akaun.



3. Sekiranya log masuk berjaya, halaman perumah akaun anda akan dipaparkan. Cari pautan Pengeluaran di bahagian atas dashboard.

4. Anda akan dibawa ke halaman e-Pengeluaran. Cari pautan Permohonan Baru.

5. Di sinilah proses pengeluaran i-Lestari bermula. Cari ruang Jenis Pengeluaran. Kemudian, tekan menu drop-down dan cari pilihan i-Lestari.

6. Selepas pilih Jenis Pengeluaran, anda akan dipaparkan dengan Notis Penting berkaitan i-Lestari.

7. Kalau dah faham notis penting tadi, tekan butang Seterusnya. Tamat Langkah 1.

8. Langkah 2 bermula di sini. Anda perlu masukkan amaun yang dipohon setiap bulan. Amaun yang boleh dipohon adalah bermula RM50/bulan hingga RM500/bulan. Perlu diingatkan yang jumlah bayaran per bulan adalah sama dan tak boleh diubah selepas permohonan diluluskan.

Masukkan juga maklumat bank untuk destinasi wang anda.

Selesai di bahagian ini, tekan butang Seterusnya. Tamat Langkah 2

9. Langkah 3 bermula di sini. Anda perlu:

  • Kemas kini maklumat Surat Menyurat
  • Semak maklumat bank tempat anda ingin terima i-Lestari

Akhir sekali, tick ruang Perakuan.

10. Tick ruang Perakuan.

11. Akan ada pop-up yang mengandungi maklumat yang perlu perakuan anda. Kalau nak teruskan, tekan Setuju.

12. Cari pautan Permohonan TAC dan tekan.

13. Satu pop-up akan keluar untuk beritahu anda lokasi TAC akan dihantar. Pastikan ia adalah nombor telefon anda. Jika tiada masalah, tekan Sahkan.

14. Setelah menekan butang Sahkan, tekan butang Tutup.

15. Tunggu nombor TAC dalam inbox SMS anda.

16. Salin dan masukkan nombor TAC dalam ruang disebelauh pautan Permohonan TAC. Selesai Langkah 3.

17. Langkah 4 bermula di sini. Anda akan dipaparkan dengan mesej Penghantara Berjaya. Anda boleh cetak ataupun simpan salinan digital untuk rujukan akan datang.

Tags: COVID-19covid19i-lestarikwspPakej Rangsangan EkonomiPerintah Kawalan Pergerakan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Teknik fotografi long exposure jadi mudah dengan Samsung Galaxy S23 Ultra

Teknik fotografi long exposure jadi mudah dengan Samsung Galaxy S23 Ultra

27 April 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

6 Jun 2023
KWSP i-Lestari: Tutorial Bergambar Pengeluaran RM500 Daripada Akaun 2

KWSP i-Lestari: Tutorial Bergambar Pengeluaran RM500 Daripada Akaun 2

1 April 2020
MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

12 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER