Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Cara keluarkan RM500/bulan daripada KWSP dibawah program i-Lestari

Selain daripada pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, terlebih dahulu kerajaan Malaysia ada mengumumkan kebenaran untuk mengeluarkan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500/bulan selama setahun dibawah program i-Lestari.

Program tersebut akan bermula pada 1 April 2020 dan pencarum yang layak bolehlah mula menghantar permohonan kepada KWSP jika ingin menggunakan kemudahan ini.

Tentang i-Lestari

Semua pencarum KWSP yang berumur 55 tahun kebawah dibenarkan memohon i-Lestari. RM500 yang diberikan setiap bulan akan diambil daripada Akaun 2 masing-masing.

Had pengeluaran maksimum ialah RM500 sebulan selama setahun. Walau bagaimanapun, jika anda tak mahu keluarkan RM500 pun boleh kerana had minimum ditetapkan adalah RM50.

Sekiranya permohonan anda lulus, maka anda akan terima RM500 sebulan selama 12 bulan sehingga Mac 2020. Ia menjadikan jumlah tunai yang anda terima diakhir i-Lestari adalah RM6000.

Dalam hal yang berkaitan, pencarum yang ingin memohon perlulah melihat baki Akaun 2 masing-masing. Jika tak mencukupi untuk dikeluarkan, permohonan anda akan ditolak. Begitu juga dengan baki tidak cukup semasa i-Lestari berjalan, maka anda akan terima apa yang ada dalam Akaun 2, sehingga licin.

Satu perkara yang perlu anda tahu. Sekiranya and amula mendapat tunai melalui i-Lestari, anda tak boleh berhenti ataupun ubah tunai yang ingin dikeluarkan sehingga program tamat.

KWSP akan mengkreditkan tunai masuk ke akaun bank yang didaftarkan semasa anda memohon i-Lestari.

Cara untuk mohon

Anda yang berminat untuk menggunakan kemudahan i-Lestari tidak perlu pergi ke cawangan KWSP kerana mereka tidak beroperasi buat masa ini. Sebaliknya, permohonan dalam talian akan dibuka bermula 1 April 2020.

BACA  Toyota kini boleh di beli di Lazada, anda berpeluang dapat pulangan tunai dan hadiah percuma untuk tempahan sehingga 24 Mei

Selain secara dalam talian, mereka turut boleh menghantar e-mail permohonan ke [email protected] ataupun melalui surat dan hantarkannya ke:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya. (jangan lupa untuk tandakan surat dengan perkataan i-Lestari).

Adakah anda wajib pohon?

i-Lestari adalah program sukarela yang diumum bagi mengurangkan impak COVID-19 terhadap ekonomi rakyat. Maka, sekiranya anda takut simpanan persaraan anda terjejas, anda tak perlu pun memohonnya.

Sebelum ini, Akaun 2 memang sudah menjadi saluran pengeluaran untuk pelbagai sebab. Antaranya adalah untuk tujuan beli rumah, tanggung kos kesihatan, malahan pergi haji.

Tambahan pula, sebelum anda katakana i-Lestari akan jejaskan simpanan persaraan, ia cumalah 30% daripada jumlah simpanan kerana selebihnya berada di Akaun 1 dan tidak boleh diusik.

Pergi ke laman rasmi program untuk maklumat lanjut.